div id='header-inner'>

PENJELASAN ISU PENUKARAN KAD ATM KEPADA KAD DEBIT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selagi tak habis tahun 2016 ni, selagi tu tak selesai kes tukar kad ATM ni... Memang jadi isu hangat juga sebab bank mula sesak dengan orang ramai untuk tukar kad... 

Alhamdulillah, MF dah selesai tukar kad... agak cepat CIMB Bank Taman Melawati buat proses ni... seorang dalam 5 minit je prosesnya... tapi memang beratus orang tunggu untuk tukar kad setiap hari... 

Macam-macam versi kita dengar pasal kes penukaran kad ATM ni.. katanya yang tak pernah atau tak guna debit kad, tak perlu tukar kad... tapi MF tanya kat staff CIMB Bank masa tukar kad, dia kata kalau tak tukar takut nanti kadnya tak boleh guna kat ATM... Tapi bagi Maybank ini versi yang keluar:

Untuk tatapan kengkawan yang x tukarkad bank lagi.. 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bank Negara Malaysia mengarahkan semua bank upgrade chip ATM card kepada chip Debit Card untuk fungsi pembelian runcit dan online sahaja. Kecuali Agro, Affinbank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.
Mulai 01.01.2017 transaksi pembelian runcit dan online akan di blok jika chip card TIDAK DI TUKAR kepada chip Debit Card. 
Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak di tukar. 
Kad ATM adalah kad yang belum upgrade kepada status Debit Card.
Debit Card ada di cetak pada kad yang di tulis MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER dan ada tarikh luput 5 tahun. 
Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing. 
BNM arah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk pertukaran Kad ATM kepada Kad Debit. 
Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72. 
HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI. 
Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, jangan la dipaksa datang ke bank untuk tukar kad. 
Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur. 
TERIMA KASIH
Rabu 14.12.2016
10.30 am
Info face to face : From MAYBANK  
fatasahbab@gmail.com (Sumber: Facebook)

Versi kedua:
Perhatian Pemegang Kad Debit Bank!!!
1.Maybank sebelum 18/12/2016
2.Cimb sebelum 20/12/2016
3.RHB sebelum 31/12/2016
4.BSN dan sebagainya sebelum 31/12/2016 
KAD LAMA ANDA TIDAK AKAN BERFUNGSI SELEPAS TARIKH TERSEBUT
DENDA RM12.70* bagi penukaran kad baru selepas tarikh tersebut.
Sebarkan mesej ini kepada yang lain
Tapi dijelaskan oleh Pihak Maybank:


Penjelasan dari CIMB


Jadi, jelas la kan... penukaran kad hingga 31.12.2016... tarikh- tarikh yang dinyatakan tu kira limit sebelum trafik sesak... proses jadi lambat... siapa la buat cerita ni kan.. 


Tapi yang pasti kad ATM Bank Rakyat tak perlu ditukar ye...

Nak jelaskan camne MF pun tak pasti... tapi kalau yang biasa guna debit kad jangan tunggu last minit... bukan salah bank, tapi salah diri sendiri ye... Tapi bagi mak cik pak cik yang guna ATM untuk keluar duit, tak perlu kot tukar sebab MF sendiri faham yang debit kad tu digunakan untuk transaksi online semasa pembelian barang online ataupun di pasaraya... 

Tapi untuk lebih penjelasan, rujuk pihak bank masing-masing... sebenarnya yang jadi kalut sebab orang suka tunggu dan lihat, last minit baru nak buat... tu yang kadang rasa nak marah sana sini kan... 

Apa pun untuk pengguna CIMB Clicks, lepas buat penukaran kad ATM yang baru, sila buat semula CIMB Clicks di ATM ya.. sebab yang lama dah tak boleh guna... dia minta register no kad yang baru untuk penukaran password... Jadi, baik lepas je tukar kad dan aktifkan kad baru di ATM, buat CIMB Clicks sekali... bagi yang nak buat la.. bagi yang tak nak.. takperlu buat.. 


Untuk penjelasan jangan nak percaya viral.. rujuk laman web sesuatu bank atau Page diorang kat Facebook... jangan mudah percaya viral kat FB atau Whatsapp... 

Catat Komen

10 Ulasan

  1. Oooo camtu ke..? Hmmm, memang orang kita cepat percaya dengan kes2 viral camnie, termasuklah saya, hehehehe... apapun, memang nak tukar pun kad atm BSN tue.. =) trima kasih kak dengan info yang berguna ini.. Sekurang2nya ada penjelasan la pada orang2 yang blum tukar kad, lebih2 lagi orang2 yang berada di pendalaman dan orang tua..

    BalasPadam
  2. kad ATM yg hanya digunakan di mesin atm tak perlu tukar. Hanya untuk kad Debit yg bole digunakan online atau pasaraya dsb.

    BalasPadam
  3. yg cimbclicks tu..once kita nak log in cimbclicks, dia akan mintak kita no kad yg baru..tak perlu buat dekat mesin atm pun x pe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena buat semula sbb dia kata kad tu tak pernah register cimbclicks.. Suami punya cimbclicks tak payah buat kat atmsbb cuma tukar No kad dan password je...

      Padam
    2. Jadi sebagai langkah awal..check kat ATM dgn semak No phone je...

      Padam
  4. mudahnya percaya pasal viral..hihihihihi nice sharing ... thks :)

    BalasPadam
  5. kalau tak tukar kad, boleh guna cimbclicks lagi tak? semalam saya tak boleh masuk cimbclicks, dia minta masukkan no kad baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kena tukar la sbb cimbclicks kira guna macam debit kad juga...

      Padam
  6. Bagus perjelasan anda. Dapat membantu orang ramai..., Moga anda mndapt krhmahtan drpd Allah S.W.T.

    BalasPadam
  7. salam..nk tanya la kalau kad atm BSN kene tukar tak ye?

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)