div id='header-inner'>

MASAK SIAKAP STIM HALIA MUDAH GUNA RICE COOKER TEFAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ikan siakap... resepi yang popular ialah goreng 3 rasa, masam manis ataupun masak stim... Dua resepi yang biasa MF dok buat ialah 3 Rasa, ataupun masam manis... dan terbaru resepi MF pernah cuba buat ialah Siakap Sambal Mangga... resepinya ada >>>DI SINI<<<

Jadi, bosan makan goreng je.. hari ni nak cuba masak stim pula.. Tertangguh nak masak tu sebab takde periuk pengukus... tu yang tak buat... Tapi hari ni mencuba untuk buat stim ikan siakap ni guna rice cooker Tefal... Tak pernah buat.. tapi percubaan kali ni tak mengecewakan... rasanya memang awesome.. 

Sebelum tu, nak juga kongsikan resepi ringkas Siakap Stim Halia cara MF... 


Bahan-bahan:
  • Ikan siakap
  • 1 ulas bawang besar yang sederhana besar (ditumbuk)
  • 7 Ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 biji cili padi hijau (ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam atau lada hitam yang ditumbuk
  • 1 biji tomato
  • 1 Ulas bawang besar dipotong bulat


Cara memasaknya:
  • Perapkan ikan siakap dengan garam, bahan yang ditumbuk serta serbuk lada hitam dalam 15 minit.
  • Masukkan ikan yang diperap dalam periuk pengukus dan letakkan tomato, bawang besar yang dipotong serta serai yang diketuk... 
  • Stim kan dalam 15-20 minit.. 
  • Siap untuk dihidang..


Memang mudah dengan periuk Tefal ni... tekan-tekan je dah siap.. 10 minit dah masak sebenarnya... tapi MF saja masak lebih 10 minit untuk biarkan aromanya tu menyerap kat ikan.. 

Takde periuk Noxxa pun boleh masak macam-macam dengan periuk ni sebab dah ada siap settingnya... Antara yang boleh dimasak selain masak nasi ialah masak bubur, masak cake, masak stim dan juga masak sup... 

Beli pun tak mahal mana... beli kat Giant Plentong sebab tengah offer... RM150 je... harga asal RM200 lebih... kalau tengok Lazada pun ada sale sekarang periuk ni... harga RM159 je... Memang terbaik lah periuk Tefal ni.. masak nasi pun cepat dan nasi pun tak cepat basi... 

Kalau masak nasi terlebih air pun nasi tak jadi lembik macam kita masak biasa tu... Lepas ni nak cuba masak cake pula guna periuk ni.. tengok camne jadinya.. hehe..

Puas hati..walaupun periuk murah tapi gaya macam periuk mahal.. 

Catat Komen

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)