div id='header-inner'>

Jauhi Berdengki, Marah dan Putuskan Ukhuwah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jauhi Berdengki, Marah dan Putuskan Ukhuwah

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Anas bahwa Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian saling berdengki, saling marah, dan jangan pula saling memutuskan hubungan satu sama lain. Tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (HR Muslim No: 4642) Status: Sahih


Pengajaran:

1.  Sebagai Muslim kita dilarang saling berdengki sesama Muslim

2.  Elakkan dari berkelahi dan memarahi sesama Muslim.

3.  Muslim juga dilarang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim sesama kita.

4.  Berusahalah menjaga ukhuwah sesama Muslim  kerana orang Mukmin itu bersaudara.

Marilah bersifat RAHMAH dengan mengelakkan diri dari saling berdengki, suka marah-marah serta memutuskan hubungan ukhuwah.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Kerana marah, dengki akan wujudnya dendam yang memusnahkan diri sendiri... Seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan marah dan dendam itu terbabas walaupun sanggup menyekutukan Allah iaitu sihir... Sedangkan sihir itu tergolong dalam 7 dosa besar yang sangat Dasyat azabnya sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Hadis Nabi s.a.w mengenai 7 dosa besar yang Dasyat...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات
ِ
Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi SAW  bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina".(HR Bukhari  No: 2560)

Pengajaran:

Rasulullah memerintahkan agar kita menjauhi tujuh perkara dosa besar yang merosakkan amal solleh yang lain:

a.  Melakukan syirik kepada Allah
b.  Melakukan sihir
c.  Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq
d.  Makan riba
e.  Makan harta anak yatim
f.  Lari dari medan peperangan
g.  Menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina

Ayuh jauhi tujuh dosa besar yang merosakkan amal kita yang lain.

Dosa kecil pun buatkan kita tak mampu nak tanggung azabnya apatah lagi dosa besar...

Berdendam buatkan hati rasa tak tenang... Bahkan hidup dalam kepura-puraan... 

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)