GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jadilah Orang yang Sentiasa Memberi Kemaafan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah SWT, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Baginda akan menuntut bela kerana Allah SWT.”

(Hadith Riwayat Muslim)



Huraian Hadith :
  • Rasulullah SAW tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja khasnya terhadap golongan yang lemah seperti wanita dan khadam.
  • Baginda SAW tidak pernah menuntut bela terhadap apa-apa kejadian ke atas dirinya, melainkan segala pembelaan itu adalah kerana Allah SWT sahaja.
  • Umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati di dalam tindakan terhadap sesuatu kecuali di dalam menegakkan agama Allah SWT.
  • Melalui hadith ini beberapa pengajaran hendaklah di ambil dan di amalkan oleh seseorang di antaranya ialah belas kasihan, berhati-hati, bertimbang-rasa, bersatu-padu dan peka terhadap soal keagamaan.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin 

MEMINTA MAAF BUKAN BERERTI KITA LEMAH, DAN MEMBERI MAAF SATU KEMULIAAN YANG TINGGI DI SISI ALLAH

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ