GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 TIPS DAPATKAN 'GENTLE BIRTH' TANPA INDUCE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pengalaman bersalin tu indah sebenarnya... bukan sesuatu yang menggerunkan kalau tahu bahawa bersalin tu fitrah... Ya...bersalin tu fitrah... MF berani katakan ini fitrah sebab pengalaman MF sendiri masa mengandungkan anak ketiga... di akhir kehamilan doktor scan, air ketuban banyak... Bila tarikh due semakin hampir doktor semakin risau... dan kerisauan doktor akan dizahirkan kepada kita juga kan... dia ceritalah risiko-risiko yang bakal dihadapi jika air ketuban banyak ni.. antaranya baby lemas dan baby boleh terpusing walaupun berada pada laluannya dah... 

Memang risau betul bila dikhabarkan begitu... tambah risau bila... tarikh due tu dah cukup masanya.. terus diberi surat untuk di induce... fuhh,,, kena paksa... rasa macam-macam masa tu... pergi juga hospital... tapi selepas di scan, MF ok walaupun ketuban memang lebih sikit dari biasa... nak ditahan wad juga tapi inducenya pagi esok... Tapi suami MF tak nak MF ditahan wad.. jadi kami minta balik dan sign surat tanggung risiko dari pihak hospital... fuhh.. tak pernah terfikir nak sign surat tu tau... 

Apa pun, yakin dengan Allah... kelahiran itu satu rahsia dari DIa... jadi, MF banyak buat latihan, senaman, doa dan solat hajat je sementara nak tunggu bila nak datang tanda bersalin tu... 3 hari hari berlalu... hari keempat MF ke klinik untuk ambil MC sebab MF tak ambil cuti awal tu... maknanya lepas bersalin baru kira cuti bersalin... jadi nak pergi ambil MC di klinik swasta... klinik biasa tu minta kami ke klinik yang ada scan sebab dia pun risau bila tengok buku pink tu... 

Lagi bertambah risau... dipendekkan cerita.. MF terus ke klinik yang ada scan dan selepas scan memang betul ketuban banyak dan terus refer hospital.. Bila sampai dihospital discan dan di cek bukaan servik juga... Tak sangka dan terkejut bila doktor kata MF dah nak bersalin ni... tapi sebab takde rasa sakit langsung... MF sendiri tak sangka.. terus dihantar ke hospital besar dan malam tu juga selamat MF bersalinkan anak ketiga tanpa induce dan sakit yang lama.. alhamdulillah.. 



Panjang mukhaddimah ni.. hehe.. cerita pengalaman kan... alhamdulillah rezeki MF bersalin ketiga-tiga anak tanpa paksaan..dan sakit yang tak lama... Alhamdulillah... 

Jadi, MF nak kongsikan sikit teknik untuk bersalin secara natural dan fitrah tanpa induce...

1. TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu-ibu yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul. 

Caranya:

Ketika contraction datang, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan ni bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang. Tak perlu ambil gas pun sebenarnya kalau guna teknik ni... 

2. AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati dan emosi. 

Contoh: 
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, macam susah je...(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Macam mana nak aktifkan minda separa sedar? 

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

Masa preggy anak ke 2 dan 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:

-baby bersalin 38 minggu tapi tak dapat 38 minggu untuk anak kedua dan ketiga... tapi takpe sebab tu rahsia Allah kan... 
-mudah bersalin 
-bersalin normal 
-lepas bersalin tak sakit
-dalam labour room setengah jam je
-kembali berat asal

Alhamdulillah berhasil!

3. POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda-benda positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu-ibu hamil bersedih! 

Saat nak bersalin, penting untuk kita set dalam minda KATA-KATA POSITIF seperti:
-ummi kuat! 
-baby mesti keluar dengan selamat! 
-ummi boleh! 
-Allah bantu! 
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!

4. LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu-ibu yang tahu kandungan songsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby. 

5. TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara-perkara yang indah. Masa dalam labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan bayangkan baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Alhamdulillah...Sakit tu hilang! 

6. ZIKIR dan DOA YUNUS
1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit. 

Lepas tu baca doa yunus:


InsyaAllah sakit tadi akan hilang.. Alhamdulillah, masa bersalinkan anak kedua di Hospital Ampang, kat Laboor Room sentiasa dipasangkan zikir dan bacaan al-Quran... manakala di Hospital Sultanah Aminah masa bersalinkan anak ketiga ada zikir Nabi Yunus ditampalkan pada dinding ... 

7. MAKAN KURMA dan AIR ZAM ZAM
Kurma dan air zamzam sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi-lagi masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa! MF tak makan tau, tapi bawa bekal 3 biji kurma je dalam poket baju... makan masa dihantar ke Hospital Besar...

Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan dan kekuasaan yang Allah beri buat anda insan-insan terpilih!  😊

P/s: Entry ini adalah olahan perkongsian pengalaman penulis (MF) dan Siti Aai Shah

2Ulasan

  1. Boleh kongsi dengan isteri nanti untuk persiapan awal..Hihihi

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
  2. Thanks sis. Nak kena push bulan 4 nanti. Doakan yang terbaik untuk saya ye. Hihihi...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ