div id='header-inner'>

3 KESAN BURUK JIKA WANITA TAK FAHAM AGAMA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 KESAN BURUK JIKA WANITA TAK FAHAM AGAMA! |  Wanita ialah makhluk yang sangat istimewa yang di cipta oleh ALLAH..mereka di cipta untuk disayangi dan untuk di lindungi...bahkan sifat mereka amat berbeza dengan Lelaki...Wanita seharusnya dibimbing di bawa kepada kefahaman Agama agar mereka jelas maksud dan Tujuan hidup mereka..

Bilamana wanita tidak faham Agama ia akan memberi kesan yang sangat buruk kepada dunia..Hal ini kerana wanita ini ALLAH jadikan tempat asbab manusia lahir ke Dunia...

Hari ni Dunia melihat bilamana wanita tidak di beri kefahaman Agama..Maka Wujud 3 Suasana di rumah-rumah di seluruh Dunia..

1-Suasana Rumah Seperti Pawagam

(Rumah jadi seperti pawagam..TV dan Audio yang besar-besar..karaoke..video-video games..seakan berada di Pawagam..Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian..sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv..menangis bila tengok hindustan..ada juga ibubapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas-pentas.ini kesan dari suasana rumah seperti Pawagam)

2-Suasana Rumah seperti Hotel..

(Suasana rumah yang dihias mewah-mewah seperti Hotel..setiap tahun tukar sofa baru..tilam-tilam mewah..bilik air mewah..)

3-Suasana Rumah seperti Restoran..

(Suasana rumah yang di penuhi dengan makanan seperti restoran..setiap saat dlm kekenyangan..fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja..fikir untuk penuhkan. perut..peti ais penuh dengan makanan..dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak)

Sebab itulah Wanita harus dibawa kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah tempat lahirnya manusia berubah..Suasana Rumah seperti Rumah Baginda SAW dan Sahabat-sahabat di Madinah tidak wujud lagi..iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah...hidup suasana Bacaan Quran dan Hadis di rumah..Hidup Suasana Dakwah cakap kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di Rumah..hidup suasana zikir dan solat-solat sunat di Rumah..Rumah penuh dgn Nur Quran Hadis..ALLAH turunkan Rahmat..Keberkatan..dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya..keluarga hidup dalam keadaan Bahagia...Lahir dari rumah-rumah Sahabat anak-anak yang alim alimah Hafiz Hafizah dan Daie Daieyah yang mmperjuangkan Agama di seluruh alam..

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah-rumah kita...hari ni anak-anak kita makan supplemen nak cerdik..kismis dan Macam-macam lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang..belajar tak pandai-pandai..rupanya bukan salah suplemen tapu sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar Hadis..sebab itulah kita perlu wujudkan amalan bacaan Taklim Hadis Nabawi di rumah kita..cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis-hadis Nabi SAW dan baca kisah-kisah Para Sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar Isteri dan anak-anak kita mengenali kehidupan Sahabat-sahabat Nabi SAW insan-insan yang telah berjaya..Barulah mereka siap untuk hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah-mewah sehingga kadangkala melebihi kemampuan suami..semoga kita semua niat dan azam untuk hidupkan Suasana Rumah seperti Madrasah di rumah kita insyaAllah..

Ustaz Khann Da'ie.
Hayyu Asyir Nasr City.
Bumi Kaherah.


Jadilah wanita yang sayang agama untuk melahirkan generasi sayang Islam

Sumber: Pakar Diari Hati

Kerana itulah hadis Nabi SAW ada jelaskan kriteria mencari Jodoh... Iaitu memilih wanita beragama... Selain itu juga... Ada juga dalil supaya disarankan dan digalakkan mencari wanita yang baik....

Sama jugalah dengan lelaki... Wanita juga berhak memilih yang terbaik...

Oleh itu wahai pemuda pemudi akhir zaman... Persiapkan diri dengan agama...untuk melahirkan keturunan yang beragama... Usah leka dengan dunia... Selfie sana sini... Fesyen sana sini.... Pawagam sana sini... Berhibur sana sini... Make up Sana sini....

Renungkan diri... Berapa banyak ilmu agama kita ada... Bila kali terakhir kita belajar agama??? Adakah hanya selepas habis SPM...

Agama, bukan hanya sekadar tahu mengucap dan solat.... Bukan sekadar itu... Ilmu agama itu perlu sentiasa dipupuk dan dibaja serta diamalkan setiap hari...

Sama-sama kita muhasabah diri... 

Catat Komen

6 Ulasan

  1. Betul...hakikatnya kita semakin kesuntukkan waktu..terima kasih peringatan ini..

    BalasPadam
  2. Banyak kesan buruk.. Bila solat entah ke mana.. Bila sombong dengan Allah.. Bila kita terlalu leka dengan keseronokkan duniawi hingga lupa tentang akhirat.. :(

    BalasPadam
  3. btl tu dik... insyallah akan cuba elakkan dr 3 perkara ini

    BalasPadam
  4. Bagus.....alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang sangat bagus..
    Semoga terhindar dari 3 perkara nie..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)