Ticker

6/recent/ticker-posts

Telah Dicatatkan Headband Itu Milik Mu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... rezeki anak ketiga...perempuan lagi... alhamdulillah... berseri-seri dikelilingi puteri-puteri solehah...

Walaupun ada cakap-cakap pasal MF dan suami ni dapat anak perempuan je... tapi pekakkan telinga... sebab MF dan suami sangat bersedia... memang kena hadap la kan... walaupun kami suami isteri tak kisah pun dapat anak sama jantina... semua tu kerja Allah kan...

Opss.. melalut pula... nak kisah..  bila anak perempuan ni memang seronok siapkan anak perempuan ni dengan aksesori yang comel dan cantik... salah satunya Headband...

Masa anak pertama kedua dulu beli juga.   tapi biasalah fesyen sekarang dah lain gaya Headband nya... teruja tengok..  Macam-macam patern dan warna yang cantik comel.

Jadi, MF pun dok berkira-kira nak belikan si baby Headband patern baru sekarang ni... usha instagram dan juga Facebook yang jual Headband ni... siap-siap simpan nombor telefon.. tunggu ada ongkosnya baru nak beli...

Tapi nak dikatakan rezeki anak tu kan... tertiba ada orang PM MF kata nak bagi Headband baby percuma...  Allahu Akbar... memang seronok sangat masa tu... rezeki tu datang tepat betul pada waktunya..

Lepas bagi alamat semua, MF tunggu je la Headband tu sampai... takdelah tanya pape... sebab benda Free kan... alhamdulillah... rezeki tu tak ke mana... semalam sampai Headband tu dengan selamatnya..


Ada tiga Headband comel-comel untuk adik baby... rasa seronok sangat... tambah seronok sebab Headband tu selesa dan lembut sesuai benar dengan anak MF ni...

Alhamdulillah... rezeki anak tu ada je kan... Allah dah pun tetapkan...

Moga orang yang sedekahkan Headband ni.. dilapangkan rezeki sentiasa..dipermudahkan urusannya dan sentiasa dalam pemeliharaan dan keberkatan Yang Maha ESA... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah...syukur... Betul tu..rezeki anak ada di mana2..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, klu dh rezeki ank tak ke mana,
    cantik headband tu 3 pulk tu dpt..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....
    murah rezeki bby.... xkisahla MF 3 ank pempuan pun, rezeki kn
    akk ni dh usaha2 nk bg aiyan adik pn xdpt2 lg

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^