GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

REBUT PROMOSI PERCUTIAN KELUARGA SEMPENA CUTI SEKOLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lebih kurang satu minggu sesi persekolahan 2016 bakal melabuhkan tirainya... Pasti seronok la bebudak kan..  cikgu-cikgu pun boleh la lepaskan lelah sekejap kan sementara nak masuk sesi persekolahan akan datang, selain tu boleh spend time untuk keluarga pula... mak bapa juga semestinya tak lepaskan peluang ini untuk raikan cuti anak-anak. Dan tak lupa juga pasti ada yang dah merancang nak buat family day. Berkumpul bersama adik-beradik dan keluarga... bercuti dan berhibur bersama keluarga yang sememangnya amat mengujakan.  



Nak bercuti terutama waktu cuti sekolah ni kena ada perancangan. Antara perancangannya kena cari hotel atau tempat percutian dan penginapan yang sesuai. Kalau pergi bercuti lepas tu serkap jarang je tempatnya, takut-takut jadi ‘nightmare’ pula nanti... Jadi, kena cari dan rancang serta pilih hotel yang sesuai. MF pun pernah mengalami pengalaman yang tak best masa bercuti sebab terjah je waktu bercuti.. memang tak rancang... dua kali pernah kena macam ni...sekali masa pergi Genting Highland... Ingat nak bercuti nak bagi anak main taman tema kat sana.. sekali hotel penuh.. terus balik dengan hampanya...terpaksa la kan... Kali kedua, ke Melaka... pun kes yang sama.. huhu... menyesal juga tak tempah awal-awal. 

Jadi, tak nak biarkan sejarah berulang... kali ni MF kalau nak percuti luar atau dalam negara pasti akan buat pilihan bijak... 

Zaman moden dengan teknologi terkini ni, tak perlu dah nak terjah hotel satu-satu... Banyak pilihan hotel di satu-satu tempat percutian yang nak dipergi... Tak susah dah... dari murah hinggalah ke paling mahal. Bahkan bukan setakat boleh pilih hotel saja, bilik pun boleh pilih. Bukan setakat bilik, tambang perjalanan pun boleh kira awal-awal jika naik kapal terbang. Hebat kan?



Jadi, MF nak kongsikan beberapa tips memilih hotel pilihan terutamanya apabila membuat tempahan secara online. Tapi sebelum kita pilih hotel yang kita nak, kena kira dulu bajet yang kita ada... Kena kira berapa orang yang kita nak pergi bercuti... Dari situlah kita akan tapis dan mudahkan pencarian hotel kita mengikut citarasa kita tapi tepat dengan bajet yang kita ada. Takdelah kita merugikan masa dan duit kita. 

Jom.. ikuti tips ni sewaktu nak buat tempahan hotel:

Ulasan dan pengalaman orang yang pernah menginap hotel yang survey
Dalam mencari hotel pilihan tak kira hotel luar negara atau luar negara, pastikan lihat ulasan orang yang pernah menginap... Biasanya orang yang mengulas tak kan menipu sebab mereka ulas dan komen berdasarkan pengalaman peribadi mereka. Contoh, jika ada komen tentang bilik hotel, komen tentang makanan dan kebersihan... tak kan kita nak menginap disitu lagi walaupun harga tu memang kena dengan bajet kita kan.. Jadi, ada baik kita cuba cari hotel yang terbaik berdasarkan bajet yang kita ada.

Status online rasmi
Jika status online rasmi hotel nampak terurus dengan gambar yang diletakkan dalam resolusi kecil, kita boleh rasa curiga pada kredibiliti hotel itu. Sebab, tidak kira hotel lima bintang atau tiga bintang ke jika ada, laman web rasmi atau pun blog sendiri yang sentiasa di update. Jika tidak pun, mereka pasti ada media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan hotel mereka. Jadi, cuba cari gambar hotel terbaru dan terkini... Kalau tengok blog atau website dah berhabuk... lebih baik lupakan aje hotel tu.

Gambar hotel
Gambar, kena pastikan juga gambar tu betul-betul original bukan diedit atau diplagiat dari sumber internet. Macam mana nak pastikan... Boleh gunakan sumber carian internet untuk lihat sama ada itu gambar original ataupun diedit. 

Lokasi
Biasanya, MF kalau dah jumpa hotel yang dikehendaki terus je guna Google Maps untuk cari lokasi.. Nak lagi canggih guna Google Maps Street View untuk lihat rupa sebenar keadaan di sesuatu tempat atau hotel yang kita cari. Lebih mudahkan. 

Telefon
Ya! Walaupun mencari dalam talian ni mudah... Klik saja, tapi cuba dapatkan nombor telefon hotel berkenaan. Boleh survey dah layanan pihak hotel tu macam mana... Kalau nak tak nak je, baik lupakan. Lagi satu, kita boleh dapatkan pengesahan hotel yang ada dengan lebih cepat melalui telefon.



Satu lagi tips cari hotel... Carilah yang ada diskaun dan tawaran hebat atau promosi diwaktu yang puncak macam cuti sekolah ni. Semua orang tahukan, waktu cuti sekolah ni, sana-sini rate harga hotel boleh tahan melonjaknya. 



Tapi, jangan risau... pasti ada hotel yang buat tawaran diskaun hebat walaupun cuti sekolah. Nak tahu website yang buat promosi hebat ni...iailah TRAVELOKA. TRAVELOKA menyediakan lebih kurang 100 buah hotel di Malaysia, Indonesia dan Singapura... Dan ini menjadikan TRAVELOKA website terbaik untuk cari hotel yang murah dengan harga promosi. Masa nilah kena rebut peluang untuk dapat harga hotel yang murah. Siapa tak nak kan..  Tambahan kalau bercuti dalam keluarga yang besar... 

Selain tu, tak lupa juga bajet perjalanan... Kena fikir juga tu kan... Jika percutian yang jauh, kena kira juga bajet naik kapal terbang lagi murah atau jalan darat... Tapi kalau kena seberang Laut China Selatan, pastilah kena pilih perjalanan udara kan..  Jadi tawaran diskaun dan harga promosi ketika cuti sekolah pasti buatkan kita teruja. Dah la bercuti waktu puncak, dapat pula harga promosi... wahhh.. memang terlajak indah  dan menjadikan percutian kita satu kenangan abadi yang terpahat kemas di memori.. Tak mustahil kalau nak dapatkan percutian yang murah, mudah siap dengan diskaun dan harga promosi... asalkan kita bijak buat pilihan yang tepat pada masanya. 

Dan...Best lagi... Website ni ada sediakan perbandingan harga tiket kapal terbang... Dan boleh book melalui TRAVELOKA... Tu yang buat MF terlebih teruja nak pergi bercuti ni tau... Maklumlah orang tak pernah naik kapal terbang macam MF ni kan... Memang pasti eksited lebih... Hehe..

Insha Allah, MF pasti akan guna promosi yang ada ni.. lagipun mudah sangat... boleh bajet kos perjalanan dan hotel dalam satu laman web sahaja... tak perlu nak pening-pening kepala... Itu yang buatkan MF dan suami teruja sangat...kerana harganya yang memang tak masuk akal... fuhh... memang boleh bajet..  En. somi pun dah setuju... insha Allah tahun depan kita ke Langkawi katanya... Moga perancangan yang rapi menjadi percutian yang bermakna buat kami sekeluarga.

Sesiapa yang dapatkan harga promosi dengan kod diskaun jangan tunggu lagi untuk klik >>>INI<<<

5Ulasan

  1. selamat bercuti... bagus plan dan buat tempahan awal... entry sis sgt membantu....

    BalasPadam
  2. lagi seronok kalau dapat bercuti macam ni kan :)

    BalasPadam
  3. Jom jalan2 cuti sekolah ni..anak kecik dulu saya cuti sekolah dok rumah je..sekarang dah besar memang tak nak dah diaorang bercuti depan tv...ehehhe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ