بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
JOM LIHAT FENOMENA BULAN BESAR MALAM ESOK! | Tak sabar rasanya nak lihat bukti keagungan Allah malam esok... Fenomena yang jarang berlaku macam ni memang wajib tengok dan jangan lepaskan peluang..dan jangan sia-siakannya...kerana fenomena alam seperti ini adalah bukti kekuasaan dan keagungan Allah dan menambahkan keimanan bagi orang-orang yang berfikir.
Malam esok, iaitu Isnin 14 November 2016 bersamaan 14 Safar 1438 hijrah, dijangka akan berlaku satu fenomena supermoon iaitu bulan besar.
Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.
Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016. Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.
Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun.
Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang. -Sumber: ANGKASA-
Sumber dari Berita Harian:
NEW YORK: Fenomena bulan terbesar dan paling terang dalam tempoh hampir 70 tahun boleh disaksikan esok.
Fenomena 'supermoon' itu menyaksikan bulan penuh berada paling hampir dengan Bumi sejak 1948 dan fenomena sama hanya akan berlaku lagi sehinggalah pada 2034.
Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat, orbit bulan sekeliling Bumi agak membujur, menyebabkan kadang-kadang ia dekat dan kadang-kadang ia jauh. Apabila bulan penuh ketika berada paling hampir dengan Bumi, ia dikenali sebagai 'supermoon'.
Pada perigee, iaitu tahap bulan paling dekat dengan Bumi, ia berada 14 peratus lebih hampir dengan Bumi berbanding apogee, apabila bulan paling jauh dengan planet ini. Esok bulan berada pada tahap paling hampir dengan Bumi selepas senja di India.
Bulan penuh itu kelihatan lebih besar dan bersinar lebih 30 peratus. "Perbezaan dalam jarak dari satu malam ke malam seterusnya amat kecil. Ia boleh disaksikan pada bila-bila masa selepas matahari terbenam. "Disebabkan ia bulan penuh, ia akan terbit hampir masa yang sama dengan ia tenggelam.
Anda tidak perlu berjaga sepanjang malam untuk menyaksikannya, melainkan kalau benar-benar mahu berbuat demikian," kata Timbalan Projek Saintis bagi Misi Orbit Pemantauan Bulan (LRO) NASA, Noah Petro.
Ia adalah 'supermoon' kedua daripada tiga fenomena itu berturut-turut, dan jika awan membayangi pemandangan hujung minggu ini, peluang lain menyaksikan 'supermoon' terakhir adalah pada 14 Disember 2016. - AGENSI
Jadi, mestilah fenomena macam ni tak kan dilepaskan.. MF siap dah buat reminder.. Insha Allah, dah set target tempat yang cantik untuk lihat fenomena ni malam esok... Harap Allah beri ruang dan peluang untuk lihat fenomena ni dan tak hujan atau mendung malam esok... Dan nak tunjukkan kepada anak-anak tentang kekuasaan Allah untuk menambahkan ilmu aqidah buat anak-anak juga...
Jangan lepaskan peluang ye... Insha Allah, malam esok ramai-ramai kita tengok bulan besar.
Thank for this info, malam esok boleh siap-siap save a date untuk tengok ;)
BalasPadam