GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nujum Pak Belalang Milenia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nujum Pak Belalang Milenia! | Bukan nama filem apatahlah drama baru.. tapi inilah satu permainan dan game popular zaman sekarang di Facebook... iaitu aplikasi yang nampak macam takde pape... tapi sedikit sebanyak ada kesan kepada aqidah dan iman... tak rasa tapi ada kesannya... walaupun sekadar suka-suka... 



Iaitulah MF istilah tukang tilik moden.. pernah main, tapi rasa macam melalaikan.. dah tak klik dah zaman sekarang... Sebelum tu, ikuti dan renungkan nukilan dan tazkirah hati ini:


Tilik sudah bertukar arah.
Ia tidak lagi di hadapan bomoh yang gerun wajah dan jampi serapah.
Tiada juga bau kemenyan dan suasana suram yang menakutkan. 
Kini....tilik sudah begitu mudah.
"Alahai, klik sahaja untuk suka-suka, apa salahnya" bisikan jahat syaitan yang begitu licik mahu menggoda. 
Apatahlagi melihat rakan-rakan kongsikan.
"Nak cuba juga, saja-saja, bukan percaya pun" hasutan keji syaitan yang mahu memperdayakan.
Lalu jari menekan. Hati teruja ingin tahu keputusan....
"Owh begini rupanya wajah aku jika berbangsa sekian sekian."
"Owh 10 tahun lagi aku akan menetap di negara sekian sekian"
"Betul ke aku akan punya 8 anak?"
"Waaaaah dalam 10 tahun lagi duit dalam bank aku akan ada 2juta....alahai, kenapa tak 52.2juta?" 
Dalam suasana terang dan tenang,
Dalam suasana santai dan damai,
Dalam pejabat, dalam kenderaan mahupun dalam rumah sendiri sahaja,
tanpa perlu kita pergi mencari si tukang tilik yang begitu keji....tilikan datang di hujung jari. 
Astaghfirullahal azeem.
Begitu licik dunia siber memperdayakan jiwa yang lemah dengan bisikan halus syaitan. Matlamatnya cuma satu....mahu membawa kita ke arah syirik yang membahayakan iman.
Berhati-hatilah wahai muslimat yang mahu menjaga rapi tauhid dan Iman. Tilik sudah begitu mudah dan tidak lagi kelihatan menakutkan. 
“Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” (Surah Al-Maidah : Ayat 90) 
Nukilan: UmmuNaufal
Sumber: Facebook 


Sebaiknya kita elakkanlah... sebab kalau nak belajar sains metafizik kena dengan ahlinya... tapi aplikasi ni bukan sahaja mengarut tapi berbahaya..sebab kita kena login dengan Facebook...dan sekaligus kita membenarkan apa sahaja maklumat peribadi kita dilihat oleh pembangun aplikasi ini... Zaman sekarang, kena lebih berhati-hati.. fikir dalam-dalam sebelum nak klik, kerana fitnah dihujung jari... 

0Ulasan