GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Sebab Ini Buatkan Ramai Orang Bisnes Bungkus Sebelum Sampai ke Puncak Kejayaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berjaya, satu nikmat impian semua orang... Berjaya dalam segenap aspek kehidupan... Bagi orang yang berniaga, pasti dan tentunya nak jadi peniaga yang berjaya. Tapi nak mengecapi kejayaan bukan hanya petik jari... Perlu ada aspek-aspek penting untuk berjaya. Jika ada faktor kejayaan, mesti ada juga faktor kegagalan.. 

Sumber: Google images


5 faktor kegagalan dan halangan utama untuk berjaya.. iaitu:

1. EGO
Tidak mahu belajar dan merasakan diri sudah hebat. Sikap ego akan membawa kita pada kegagalan. Mereka yang ego juga terlalu yakin pada diri sendiri dan tidak suka mendengar nasihat dari masyarakat sekeliling. Ini kerana, mereka percaya bahawa mereka tahu semua perkara.

2. Mudah Berputus Asa
Orang yang mudah berputus asa akan sentiasa gagal dan susah untuk berjaya. Ini kerana, mereka melakukan setiap pekerjaan separuh jalan. Apabila sesuatu pekerjaan yang dilakukan gagal, mereka terus berhenti melakukannya. Mereka tidak cuba untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

3. Takut Ambil Risiko
Takut mengambil risiko untuk gagal walaupun perniagaan tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk dikomersialkan. Mungkin kerana, kegagalan akan menyebabkan mereka rugi. "Jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah", HAMKA

4. Tidak Bersungguh-sungguh
Mereka tidak bersungguh untuk mengubah hidup sendiri. Sekiranya mereka tiada kesungguhan, mereka tidak mempunya kekuatan mental yang dapat memastikan kejayaan dalam perniagaan. Jangan biarkan perkara ini menghalang impian dan cita-cita anda dari terus berjaya.

5. Tidak Komited
Sekiranya mereka tidak komited dalam perniagaan, akan menyebabkan hilang fokus untuk berjaya. Ini kerana, ia akan menjadi sia-sia dan diibaratkan seperti hangat-hangat tahi ayam.

Atasi lima faktor utama ini untuk berjaya dalam apa jua yang kita usahakan untuk berjaya... Selain itu berdoalah mohon keberkatan dari Allah agar kita jadi insan yang berjaya dunia akhirat. Faktor ni bukan khas untuk orang bisnes je.. kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan... Sama ada pelajar atau pekerja... Inilah 5 Faktor Utama penghalang kita untuk berjaya... 

0Ulasan