بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
*:: ✋😃 think marketing think Akhirat*
*Seronok dunia sikit..! Seronok Akhirat jauh lebih baik..! Jadikan diri anda orang yang bertaqwa untuk memahaminya..!*
*T H I N K*
*B U S I N E S S*
*A K U M A U J A D I*
*A H L I K O P E R A T D U N I A &*
*A H L I K O P E R A T A K H I R A T !*
*A k u o r a n g m e n i a g a !*
*M o d a l a k u m a s a ! U n t u n g*
*a k u p a h a l a & r u g i a k u d o s a*
*"Katakanlah..! Keseronokan dunia hanyalah sedikit, sedangkan Akhirat itu jauh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa..!"*
(QS An-Nisa : 77)
*S E R O N O K D U N I A S E K E J A P*
*S E R O N O K A K H I R A T K E K A L*
*Keseronokan dunia ini sebenarnya terlalu sedikit, sedangkan ganjaran yang disediakan di Akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa.*
*Oleh itu tidak ada yang perlu dikesalkan kerana kebahagiaan sebenar bagi orang-orang yang beriman adalah di negeri Akhirat.*
*K I T A M U S A F I R Y G S E D A N G*
*B E R E H A T S E B E N T A R*
Dari Abdullah bin Umar r.hu dia berkata bahawa Rasulullah saw memegang kedua-dua belah bahunya lalu bersabda yang bermaksud,
*"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing yang singgah untuk sementara sebagai pengembara..!"*
Hadis tersebut bermaksud supaya kita tidak cenderung kepada dunia dan elakkan dari menjadikan dunia sebagai tempat tertambatnya hati.
*Jangan ada niat di hati bahawa hidup di dunia ini untuk jangka masa yang lama dan jangan pula sampai terpedaya dengan dunia, kerana sememangnya dunia ini adalah negeri tipu daya.*
Mengapa manusia terlalu mengejar dunia, padahal di dalamnya hanya ada kegembiraan yang sedikit.
*Kadangkala bahagia yang sehari atau beberapa hari terpaksa lebih dahulu menanggung derita berbulan atau bertahun.*
Dan jika berseronok sebentar mesti akan bersusah payah dalam masa yang lama.
*G E M B I R A V S S U S A H ! L U A R*
*N Y A M A N D I D A L A M P A N A S*
Ibnu Mas'ud r.hu pernah berkata,
*"Setiap kegembiraan itu pasti ada kesusahannya..! Rumah yang nampak nyaman dari luar, kemungkinan di dalamnya terdapat bara api yang panas..!"*
*B A N Y A K K E T A W A A K A N*
*B A N Y A K M E N A N G I S N A N T I*
Sementara itu Ibnu Sirin rah. pula berkata,
*"Orang yang banyak ketawa menunjukkan tidak lama ia akan menangis..!"*
Hukamak ada pula berkata,
*"Orang yang sudah sampai di puncak cita-citanya akan jatuh ke lembah yang dibencinya..!"*
Saidina Ali bin Abi Talib r.a pernah berkata,
*"Orang yang menjauhkan diri dari kelazatan dunia akan mudah baginya menerima musibah.*
*Dan orang yang selalu ingat akan mati akan rajin mengerjakan kebaikan..!"*
*MENGHARUNGI HIDUP DI DUNIA UMPAMA PERAHU MENGHARUNGI AIR. DUNIA TAK MAU MASUK DI HATI DAN AIR TAK MAU MASUK DI PERAHU.*
*B E K E R J A L A H*
*S U N G G U H - S U N G G U H*
*D I D U N I A U N T U K M E M B I N A*
*K E H I D U P A N K E K A L*
*D I A K H I R A T*
*:: ✋😃 kejar akhirat dunia mengejarmu*
MINTA AIR, JANGAN MINTA CAWAN!!!
Minta air dapat cawan sekali.. Tapi kalau minta cawan belum tentu dapat air.. Dan rasanya memang tak kan dapat air punya kalau kita pergi restoran dan minta cawan sahaja kan... Waiter tu akan bagi cawan je la... Tapi kalau kita minta atau order air, pasti dapat cawan atau gelas sekali kan..
Begitulah perumpamaannya.. Kalau kita minta akhirat.. InshaAllah di dunia pun kita akan dapat Nikmat dan rahmatNya.. Tapi kalau kita minta dunia sahaja dari Allah... Contohnya... Kita minta nak kaya... Nak duit banyak... Nak rumah besar... Boleh dapat tapi takut itu hanya untuk dunia sahaja...
Tapi kalau kita minta akhirat... Contohnya kita doa minta rezeki yang bermanfaat... Moga dapat sedekah... Moga dapat tunai Haji... Moga dapat bantu ummah... Insha Allah.. Akhirat dan dunia pasti mengiringi...
salam , perkongsian yang bagus kak ,pada akhirnya kita perlu memilih utk penting dunia semata atau akhirat
BalasPadamterkedu sekejap baca tang perumpamaan tu.
BalasPadamseumpama seperti menanam padi, pastilah akan tumbuh rumput juga... akan tetapi jika menanam rumput blm tentu akan tumbuh padi ....
BalasPadamdunia hanyalah persinggahan..smoga diri tabah mengharungi ujian dunia demi menjamin ketenangan kehidupan di akhirat..T_T
BalasPadam