GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MALULAH DENGAN POKOK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"Antara orang paling yang di cintai Allah, ialah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" - Hadith Nabi

"Jadilah ASET kepada orang lain, Jangan jadi LIABILITI/BEBANAN kepada orang lain"

Berapa lama kita menikmati kehidupan di dunia ini? Berapa banyak manfaat yang telah kita berikan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain di muka bumi ini? Pernahkah kita mengira apakah kita selama ini lebih banyak memberi manfaat atau menerima?

Pernah tidak kita melihat sepohon pokok yang besar merendang. Ataupun contoh yang dekat dengan kita, pokok yang berada di sekeliling rumah kita, tempat kerja atau di mana sahaja. Sekali pandang ia sekadar pokok. Ia, cuma sepohon pokok. Apa yang anehnya bukan? Pokok, apa yang menariknya?



Baik, mari kita berfikir lebih dari kebiasaan. Pokok-pokok di kawasan tempat meletak kereta, ia meneduhi kereta kita. Meneduhi kita juga yang kadang kadang tumpang berteduh dari panas di bawahnya. Ada juga menjadi tempat burung burung berehat, menumpang teduh, malah kadang-kadang, sarang pun dibina didahannya.

Sepohon pokok yang tidak mampu bergerak, tidak ada mata, tidak ada tangan, tidak ada telinga, tidak ada akal, tidak ada kaki dan berbagai lagi jika dibandingkan dengan kita manusia yang sempurna ciptaan Allah s.w.t, tetapi, POKOK-POKOK ini memberi manfaat kepada apa sahaja yang berada di sekitarnya.

Manusia tumpang teduh, burung-burung berehat dan bina rumah, semut semut tumpang buat rumah dan juga mencari makanan. Malah pokok juga merupakan satu ciptaan kejuruteraan awam yang paling hebat! Masakan pokok-pokok ditanam disekitar tebing-tebing dan juga curam bertujuan menguatkan tanahnya agar tidak runtuh. Sejuk mata memandang melihat kehijauan pohon pohon yang merendang itu.

Namun, apakah kita manusia lebih bermanfaat dari pokok ini? Apa kita memberi manfaat pada manusia lain, pada tumbuhan, pada haiwan, malah pada jalan AGAMA? Jika sepohon pokok mampu memberi manfaat pada manusia, ini kan kita..

Malulah kita pada sepohon pokok jika pokok itu lebih bermanfaat berbanding kita. Saudara, hidup kita biar bermanfaat pada semua. Jangan sia-sia kan apa yang kita ada. Jadilah antara mereka yang bermanfaat pada hidup ini. Berilah sebanyak-sebanyaknya, mudah mudahan Allah sayang dan rahmati kita.

Sumber: Bahagian Dakwah Jakim

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ