Kadangkala Yang Buruk Itu Adalah Rahmat Allah!

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

PERISTIWA BURUK MENJADI RAHMAT RUPANYA.

Bersembang lepas solat subuh,masing-masing bercerita kisah tak sangka. Sahabat saya yang pertama bercerita dia kemalangan dalam perjalanan nak pergi makan kenduri di Tanjong Dawai. Kereta terbabas masuk ke parit kerana mengelak lembu yg melintas. Kereta tersangkut dlm parit dan tak boleh bergerak,kena tarik. Tak jadilah ke rumah kenduri. Esoknya gah cerita keracunan makanan dirumah kenduri tersebut hingga ada yang. mati, beratus orang yang ke hospital termasuk diwadkan. Barulah dia sedar dan bersyukur bahawa kemalangan itu satu rahmat.

Sahabat yang terakhir bercerita satu pagi, bila nak pergi kerja di Penang, kereta tak boleh dihidupkan. Terpaksa naik motor walau hujan rintik-rintik. Digagahkan juga. Masa balik dari pejabat, cuaca baik, tetapi telah berlaku kemalangan di atas jambatan yang menyebabkan kesesakan lalulintas berkilometer. Tetapi motor boleh bergerak menyelit dibarisan kereta. Bila dia melepasi kesesakan itu,baru terasa bahawa keretanya yang rosak itu satu rahmat Allah, jika tidak, mungkin dia terlepas waktu solat kerana tersangkut dalam kesesakan kenderaan.



Kita selalu membuat tafsiran secara apa yang kita dapat lihat, kita rasai pada sesuatu petistiwa. Akibatnya kita merasa sesuatu buruk yang menimpa kita sebagai suatu yang malang, yang sedih, yang mendukacitakan. Ini kerana kita hanya memikir perancangan kita, kita terlupa perancangan Allah. Bukan semua perancangan kita akan berlaku, berjalan, kerana perancangan Allah kadang kala mengatasi perancangan kita. Maka terjadilah perkara seperti peristiwa diatas, janji Allah "Kamu merancang, Aku pun merancang, perancangan Aku lebih baik". Maka kita lihat dlm dua peristiwa itu,perancangan Allah lebih baik. Bila perancangan kita terhalang, ingatlah Allah mengatasi perancangan kita dengan perancanganNya.

Kita melihat sesuatu pada berdasar apa yang nampak sahaja, sepatutnya kita kena melihat sesuatu dengan lebih mendalam, yang tidak nampak pada mata iaitu takdir Allah. Bila terjadi  sesuatu peristiwa yang kita rasa buruk, jangan terus mengeluh kesal, sedih, menggelupur bagai pelanduk kena jerat. Duduklah bertenang, berfikir, sebutlah pujian kepada kebesaran Allah, sebutlah rasa berserah kepada Allah laa haula wala quuwatailla billah. Berharaplah apa yang terjadi itu menjadi satu rahmat yang belum kita ketahui. Jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah pada setiap peristiwa yang kita rasa buruk  kerana kita belum tahu perancangan apa yang Allah letakkan kepada kita.

Bila Allah ingin mengubah haluan hidup kita, ditakdirkan suatu peristiwa. Allah Maha Pengasih, Maka Penyayang, maka atas sifat ini tiadalah Dia menganiayai hambaNya, tetapi kita yang cepat berburuk sangka. Cuba menoleh hidup anda yang lalu, pernahkah anda terasa Allah telah mengubah haluan hidup anda?

Ada ketika Allah takdirkan sesuatu untuk menegur hambanya, menguji dan menghukum kesalahan untuk kita kembali membetulkan. Allah menyediakan neraka bukan kerana Dia hendak hambanya masuk neraka, buktinya Allah mengirim rasul, menurunkan Qu'ran untuk memberi tunjuk ajar, memberi amaran. Tidak cukup dengan itu ditakdirkan dalam hidup berbagai peristiwa untuk peringatan, tetapi ada manusia terus melakukan yang ditegah, tidak melakukan apa yang disuruh, maka mereka sendiri memilih untuk ke neraka. Maka berbaik sangkalah kepada semua perkara yang terjadi kepada kita kerana kita tidak tahu perancangan Allah, yang pasti Allah sentiasa  mahu hambanya menjadi insan yang baik, diri kita yang sentiasa tersalah arah. 
Diolah dari Facebook: abgghaniharon

Tips untuk ringankan beban bila diuji ialah... Pertama sekali redha.. terima dengan sepenuh hati ujian yang diberi... Kemudian istighfarlah... Muhasabah diri...didik diri jadi penyabar... Berdoa serta bertawakal kepada Allah... Insha Allah.. kita akan dapati rasa tenang walaupun diuji... 

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Yakinlah dengan setiap yg berlaku itu adalah perancangan TERBAIK daripada Allah..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !