بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Semalam tengok tv.. terpandang iklan pasal bajet 2017... Haa...a kan.. dah hujung tahun ni.. mesti la kerajaan kena buat bajet untuk tahun depan...
Bila sebut bajet... Pastilah tertanya-tanya..dan berdebar-debar juga apa perancangan kerajaan untuk pembangunan dan ekonomi negara kan...
Agak-agak apa isu atau fokus dalam bajet 2017 nanti ya... Tapi yang pasti akan disebut ialah bab GST dan BR1M la kan... Namun, isu lain pasti tak ketinggalan...
Antara yang akan/bakal disebutkan dalam bajet 2017:
1. GST
Siapalah tak kenal GST kan... Sedar tak sedar dah beribu sebenarnya kita bayar GST ni.. huhu.. harapan GST dihapuskan...tapi rasanya tinggal harapan... Dan selepas adanya GST rasa sedikit terbeban la...terutama rakyat marhean macam kita ni kan... Hidup boleh hidup.. tapi cukup makan la kata orang... Nak buat apa pun kena fikir panjang...
2. Bonus
Sebut bajet, mestilah rata-rata penjawat awam harapkan bonus.. MF sebagai penjawat awam... Terus terang tak harapkan... Tapi kalau dah bagi ambil je la kan... Yang penting kerja kita jalan... Dan semestinya..bila sebut bonus..mulalah pekerja swasta rasa terpinggir...tuduh menuduh dan mengata satu sama lain.. hmm... Fikir gini je la.. rezeki tu dari Allah... Dan rezeki tu bukan berupa duit je..
Apa pun.. jom kita lihat sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam dari tahun 1993 hingga 2016. Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :
Tahun 1993 Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
Tahun 1994 Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
Tahun 1995 Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
Tahun 1996 Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
Tahun 1997 Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
Tahun 1998 Bantuan Khas Kewangan RM400
Tahun 1999 Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
Tahun 2000 Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
Tahun 2001 Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
Tahun 2002 Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
Tahun 2003 Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
Nampaknya tahun 2003 bonus yang paling banyak pernah dinikmati oleh penjawat awam.. malangnya MF tak kerja lagi.. baru nak ambil SPM kot masa tu.. hehe...
Apa pun kalau ada bonus untuk bajet kali ni.. alhamdulillah.. kita tunggu dan lihat je Jumaat minggu depan ye..
3. Kerajaan disaran wujud geran khas bantu PKS tingkat pekerja
4. Kementerian Kesihatan harap tiada pengurangan dalam Bajet 2017
5. Tumpuan kepada sektor Pelancongan
Mesti diberi perhatian juga sebab masih ada lagi rakyat kita di zaman GST suka travel luar negara, padahal kat Malaysia pun banyak tempat menarik...
6. Pendidikan Kewangan Islam
Sepatutnya... Sistem kewangan sekarang tukar terus kepada kewangan Islam kan.. barulah rakyat tak terbeban.. ni dah la GST tambah dengan interest lagi... Bahkan insurans pun kena GST dan interest lagi.. camne tu..
7. Pengangkutan Awam
Yang ni nampak perkembangan kat area Kl dan Selangor la.. dah ada LRT dan MRT... Antara negeri, nampak ada keretapi laju.. ni dengar kata nak buat dari KL ke Singapura pula... Dan katanya tahun depan la baru nak start buat... Bas dan pengangkutan awam lain banyak di kawasan bandar.. luar bandar kurang diberi tumpuan... Sebab bas teksi dah kurang sebab luar bandar ramai yang guna kereta motor katanya... Tapi kesian la orang yang takde kete motor kan..
8. Sukan
Tahun ni sukan Paralimpik la menyerlah... Dan ramai juga atlet dapat anugerah macam-macam kerajaan bagi.. rezeki depa kan..
9. Jaminan Pekerjaan di Malaysia
Bab ni pun sepatutnya jadi isu penting... Ramai menganggur kot.. dan peluang pekerjaan diberi kepada orang asing... Tu ada yang sanggup berniaga tepi jalan tu..walaupun ada ijazah...
10. Bekalan Air
Yang ni memang... kena la tumpu lebih sikit.. kat kampung-kampung ada lagi yang tak terima bekalan air bersih... dan ada juga yang terima air, tapi tak bersih terutama air di KL dan Selangor.. seminggu sekali cuci filter A penapis air... Dok JOhor ni air ok sikit... tapi mak oii.. melambung bil..lebih RM50 kot air sahaja...
11. Nelayan
Moga nasib nelayan terbela... tanpa nelayan kita tak makan ikan dan makanan laut yang lain.
12. Tingkatkan Infrasturuktur Intenet di Sekolah
Yang ni memang patut sesangat... Kalau boleh high speed punya... tak yah dok kalut takut cikgu buka facebook la.. cikgu takde masa nak layan facebook sangat pun.. banyak sangat segala E yang cikgu nak kena kuasai.. tambah sekarang ni ada VLE Frog... pembelajaran guna internet.. dah kalau slow camne.. yang cikgu faham la camne kan..
13. Nak Perkenalkan Mata Pelajaran Coding di Sekolah
Ada pro dan contra juga ni.. kalau coding basic untuk bangunkan website tu ok kot...kalau coding untuk bangunkan sistem atau aplikasi kena fikirkan dalam-dalam juga...
Sumber rujukan: Beritasemasa dan Astro Awani
Apa-apa pun kena tunggu pembentangan bajet 2017 siaran langsung pada 21 Oktober 2016 jam 4 petang di TV1...
Apa harapan anda pada bajet 2017???
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ