GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Geram Dengan Lampin Pakai Buang MAMY POKO!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa tak geram kan... Memang geram dan meluahkan perasaan sungguh ni kat lampin paka.i buang MAMY POKO...  Sebelum ni orang banyak komplen pasal Drypers kan... Kali ni nak komen pasal MAMY POKO...


Lepas bersalin, setiap ibu pasti akan dapat cenderahati dari pihak hospital.. antaranya cenderahati tu mesti ada pelbagai jenis sample lampin pakai buang. 

Baru ni, MF dapat sample pakai buang pelbagai jenama masa lepas bersalinkan anak ketiga.. cenderahati dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. 

Dalam banyak-banyak lampin tu, yang paling MF geram ialah lampin Mamy Poko... Geram sampaikan sayang nak pakai... Haha... Sebab design lampin tu lembut dan siap ada jangka ukur kalau lampin tu penuh... Contoh kat gambar atas tu.. warnanya akan bertukar kepada hijau gelap kalau lampin penuh.. 

Tak dinafikan lampin Mamy Poko yang terbaik setakat ni... Tapi rata-rata rakyat Malaysia ni.. tak mampu nak guna lampin ni untuk anak-anak. Sebabnya kalau lampin jenis ni... Harganya lebih mahal dari beras... Haha. .. mau makan megi kalau beli lampin ni aje setiap bulan. 

Tapi ada je yang ! murah... Mamy Poko standard... Harga nya baru RM28 untuk pek besar saiz M. Lebih dua ringgit je dari Drypers Classic. 

Sejak Drypers Wee Wee Dry dah tak keluar patern lama... Terus stop beli..sebab nipis dan cepat bocor... Bab nipis tak kisah. sebab Mamy Poko tu pun nipis tapi tahan 12 jam dan kekal kering.. anak-anak MF pernah pakai sampai tak nak tukar walaupun penuh... Dahsyat kan.. tu yang geram tu dengan Mamy Poko tu.. 

Ramai yang tukar kepada jenama Tesco... Tapi MF boikot produk Tesco... Dan pakai je jenama lain selain Tesco... Pet pet pun lampin mampu pakai tapi tak sesuai langsung dengan kulit anak-anak MF ni... 

Memang bahagia kalau dapat pakai lampin jenama Mamy Poko ni.. mahal setanding dengan kualitinya... 


3Ulasan

  1. Haishh.. Ingatkan ape la tadi. Saspen je. Dah la Maryam pun pakai MamyPoko ni. Huhuhu...

    BalasPadam
  2. So far dah try drypers, huggies, pet pet, mamypoko.. Tp drypers, pet pet & mamypoko tu semua yg org bagi.. MD suka huggies setakat ni.. ^_^

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ