Drama Amsyar Kisah Anak Yatim Menderita Tanpa Pembelaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Selesai sudah drama Samudera Rindu dalan slot Azalea di TV9... Semalam bermula drama baru menggantikan drama Samudera Rindu yang bertajuk "Amsyar". 

Nampak menarik drama ni... Dan semalam, MF dah layan episod 1... Tengok episod 1 dah buatkan air mata ni mengalir dan hati ni tersentuh... Bagaimanalah emosi kalau layan drama Amsyar ni sampai habis agaknya... 
Sumber : Google images 

Drama Amsyar ni mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Amsyar yang hidup senang dan bahagia bersama ibu bapanya...  
Tapi kebahagiaan tu berubah sekelip mata apabila dia kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalan raya. Sebagai seorang anak tunggal Amsyar tinggal sebatang kara dan dijaga oleh pak ngahnya bernama Shahrul. Namun isteri Shahrul tidak menyukai Amsyar dan menganggapnya sebagai bebanan pada keluarga mereka. 
Selepas tu Amsyar tinggal bersama seorang lagi bapa saudaranya bernama Azhar. Tetapi ramai pula yang tidak menyukainya di situ sehinggakan dia sering dimarahi, dipukul dan didera. 
Kerana tidak mahu menjadi bebanan pada orang lain, Amsyar redha tinggal di Teratak Kasih sebuah rumah anak-anak yatim yang menempatkan budak-budak yang senasib dengannya. Pemilik rumah anak yatim itu bernama Waheeda.

Drama Amsyar dibintangi oleh Ben Ladin, Elly Mazlein dan Redza Rosli. Drama arahan Murali Abdullah ini akan bersiaran selama 20 episod bermula pada 27 Oktober ini. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama Amsyar adalah Hairi Safwan, Nafiz Muaz, Faralyna Idris, Sabhi Saddi dan ramai lagi.

Walaupun takde pelakon lama...sebab tak kenal sangat pelakon baru-baru ni... Tapi disebabkan MF kenal dengan penerbit iaitu Zeel Production dan pengarah hebat iaitu Murali Abdullah... Dan MF tahu dah... Kalau kisah kekeluargaan diarah oleh pengarah yang hebat ni... Pasti tak mengecewakan... 

Nak tahu kisah lanjut pasal anak yatim bernama Amsyar ni kena la tonton sampai habis kan... Drama ni ditayang setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 8.30 malam. 

Semalam tengok episod 1 pun buatkan hati ni dah terdetik dan akal berfikir... Ya Allah, apalah nasib anak-anak ku andai Allah jemput aku dan suami... Huhu... Sampai situ fikirnya... Ye lah... Kadang kita tak fikir... Tapi bila tonton drama sebegini buatkan kita terbuka akal dan berfikir sejenak...  

Catat Ulasan

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^