بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Masa anak satu ok lagi bab perut... Anak dua dah lain sikit.. dah masuk anak tiga.. huishh.. dah lain banyak... Buncit tu biasa la kan bagi orang perempuan yang pernah mengandung dan melahirkan... Tapi hadoii.. tak best tengok kan...
Lelaki buncit seksi.. tapi perempuan buncit.. hadoii.. seksa kot.. ni kata kat diri sendiri ye.. jangan ada terasa.. seksa mata tengok badan sendiri.. dan buatkan rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri pun ada.. kalau boleh kita nak maintain cantik comei di hadapan suami la kan... Jadi, Walaupun sekadar perut tetap kena cari solusinya...
Setakat ni dok sapu krim pati halia dunia herbs je la dulu... Nampak la Perubahan... Tapi lepas ni nak kena buat sesuatu untuk hilangkan yang patut dihilangkan tu..
Sumber: Google images |
Jadi, nak kena amalkan pemakanan yang baik untuk elakkan perut naik... Antara makanan yang boleh diamalkan untuk elak perut buncit, antaranya ialah:
1. Agar-agar
Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh. Ambil agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang.
Nak kena pantang la dulu paling kurang enam bulan.. sejuk agar-agar nih.. kot sakit urat plak nanti..
2. Jus buah-buahan
Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya.
Haha... Ni yang buatkan diri ni bertambah semangat nak membeli mesin blender kat Go Shop nih.. hehe
3. Brokoli
Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme.
Feveret gak ni.. tapi sejak pindah johor jarang beli sebab kat tempat MF mahai sungguh harga sayur moden macam ni..
4. Teh
Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau. Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari. Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air.
Teh hijau memang sedap berkhasiat... Walaupun takde rasa dan warna yang tak menarik kan..
5. Yogurt
Apabila perut cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sedap gak yogurt.. tapi tak mampu nak amalkan selalu kan..
Sumber: Karangkraf
Dalam lima-lima jenis ni.. paling mudah nak amal teh hijau dan juga jus buah.. agar-agar..boring pula kalau amal selalu ye dak.. apa pun.. amalkan minum air kosong cukup kan.. tapi nak amal dengan istiqamah tu mencabar...
Elak buncit dgn makan sedikit tapi lengkap nutrisi keperluan tubuh
BalasPadamSekarang tengah amalkan teh hijau..
BalasPadambolehlah cuba ye
BalasPadamBoleh try..selalunya akak mnum jus buah....sapu perut nn losyen mutajab tuh memg bagus nak nak tang perut...seriau tgk perut sendiri...hahaha
BalasPadamminum jus buah - buahan saya rasa cukup bagus juga untuk mengempiskan perut selepas melahirkan....
BalasPadamsemua mknn sihat2.snng la nk kempis cmnie hihi..yummy! sedapnya yogurt
BalasPadam