بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang! | Berpantang... Masih penting dan relevan walaupun zaman moden. Walaupun ada wanita yang memilih untuk berpantang secara moden.. tapi MF tetap pilih pantang cara mak-mak dulu juga.. contoh terbaik MF dalam berpantang semestinya mak MF sendiri... Walaupun mak MF dah berusia 60 tahun lebih tapi tenaga mak MF ni macam wanita usia 40-an... Alhamdulillah... Mak juga sihat tanpa sebarang penyakit yang biasa dihidapi oleh orang seusia dia.. alhamdulillah.. mudah-mudahan Allah terus bagi kesihatan kepada mak dan bapak MF.
Jadi, dalam berpantang mak MF adalah rujukan utama. Terutamanya bab makan... Memang selalu tanya apa boleh makan dan tak boleh walaupun berpantang sendiri.
Jadi, MF nak kongsikan jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika dalam pantang.
Ikan haruan
Ikan haruan ni bagus untuk kesihatan dalam... Jenis masakan yang disyorkan ialah bakar atau buat sup...
Ikan selar
Ikan selar ada dua jenis.. yang boleh dimakan ialah selar yang tiada garisan kuning pada ekor ikan ni... Ikan selar kuning tak boleh mak kata sebab bisa badan nanti...
Ikan yu
Ikan yu biasanya orang beli yang siap diproses dan dikeringkan. Goreng dan makan dengan nasi panas.
Ikan merah
Ikan merah ni hampir sama dengan ikan kerisi... biasanya yang dimakan ialah ikan merah.. harganya pun mahal sikit dari ikan lain sebab saiznya yang besar berbanding ikan kerisi.
Ikan merah masak sup halia antara resepi suami yang jadi feveret MF ketika berpantang.
Ikan tenggiri
Ikan tenggiri ni bagus juga makan... Sebab isi banyak... Jenis masakan yang sesuai ialah bakar atau goreng... Kurang sesuai pula kalau nak buat sup.
Ikan gelama
Ikan gelama kering sedap dimakan bersama nasi panas... Nilah lauk terawal MF makan sebaik sahaja lepas bersalin...
Ikan bawal putih
Bawal putih boleh dimakan ketika pantang. Bawal hitam tak digalakkan sebab bisa dan gatal... Kot gak tahan nak menggaru je nanti terutama tempat luka.
Ikan bilis
Ikan bilis memang boleh dimakan.. bagi yang tak alah atau gatal boleh la makan.tapi MF tak berani nak makan awal-awal pantang... Dah sembuh betul lukanya baru berani makan. Beringat sebelum sakit.
Itu antara jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang . Seminggu berpantang makan ikan kering je... Dan masakan seminggu awal berpantang selepas bersalin hanya ikan bakar je... Tujuannya untuk cepat sembuhkan luka dan kenapa mesti bakar bukan goreng... Ini pantang orang lama... Kenapa tak goreng..sebab goreng tu berminyak... Makanan berminyak buatkan Rahim lambat kecut dan susah nak naik dan terletak pada kedudukan asal.
Ini cara berpantang tradisional... Terpulang kepada yang nak berpantang cara moden... Makan itu ini... Tapi, bila lihat mak sendiri yang amalkan berpantang secara ketat dan straight macam tu... Dan bila lihat kesannya masa dia dah berusia... Jadi, kenapa tidak MF nak menafikan kan...
Apa pun. Mak tetap pesan supaya makan jamu lepas sebulan bersalin... Untuk tambah tenaga dan jaga kesihatan dalaman.
Semoga bermanfaat buat wanita dan suami yang nak jaga isteri dalam pantang.
Nak tambah, ikan besar2 mcm siakap, jenahak pun boleh dimakan masa berpantang, dibuat sup, sedapnya 😁
BalasPadamIkan talapia bole mkn x
BalasPadam