GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Ibu Bapa Semasa Anak Menduduki Peperiksaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Amalan Ibu Bapa Semasa Anak Menduduki Peperiksaan! | Dah masuk bulan September, maknanya peperiksaan besar dalam negara kita pun bermula... Semalam dah mula peperiksaan UPSR untuk tahun 6, dan bulan OKtober diikuti dengan peperiksaan PT3 bagi Tingkatan 3 dan Bulan November pula peperiksaan SPM bagi Tingkatan 5. 

Harapan ibu ayah, mesti nak anaknya cemerlang dan berjaya kan.. sama matlamatnya dengan para guru yang berhempas pulas memastikan anak-anak didiknya mendapat keputusan yang cemerlang. 

Jadi, MF nak kongsikan amalan yang disarankan kepada ibu bapa lakukan sepanjang berlangsungnya peperiksaan anak-anak ini... Perkongsian ini adalah group Telegram yang MF join... 

**************************************
Amalan Ibu Bapa Semasa Anak Menduduki Peperiksaan!

Amalan Ibu Bapa Semasa Anak Menduduki Peperiksaan

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed (YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa dan doakan untuk mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa 
2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam-zam atau air masak banyak
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al-Furqan, Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab soalan. 

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain

7. Ingat ! Jangan sekali-kali menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luar biasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.


Antara surah yang digalakkan untuk ibubapa baca,


1. Surah al-Insyirah 
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13 

Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang ..

#buat semua calon PEPERIKSAAN 2016

Untuk ibubapa yang anaknya bakal menghadapi pepriksaan, sedikit perkongsian kaifiat solat hjat yang diajarkan oleh sebilangan ulama.

Solat hajat 4 rakaat 1 salam (tanpa tahiyat awal)
1. Lafaz niat "sahaja aku solat sunat hajat 4 rakaat kerana Allah Ta'ala"
2. Rakaat pertama Al-Fatihah+ayat kursi+al-Ikhlas 11x
3. Rakaat kedua Al-Fatihah+ayat kursi+Al-Ikhlas 20x
4. Rakaat ketiga Al-Fatihah+ayat kursi+Al-Ikhlas 30x
5. Rakaat keempat Al-Fatihah+ayat kursi+Al-Ikhlas 40x
6. Sujud akhir baca zikir nabi yunus 41x
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
7. Selepas salam baca Al-Ikhlas 50x + Hauqalah 50x
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
8. Doa

*Disarankan berpuasa sunat sepanjang waktu peperiksaan anak-anak berlangsung.

2Ulasan

  1. Semoga adik2 kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang..
    #daytwo

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ