16 Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Zulhijjah!

3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



16 Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Zulhijjah!  | Bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam bulan Islam... Banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah Tamadun Islam. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang pernah berlaku dalam bulan Zulhijjah;

1. Penyembelihan Nabi Ismail AS. 

Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam samaada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berkorban menyembelih samaada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

2. Baiatul Aqabah

Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madhinah). Sebenarnya Baiatul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah. Maha suci Allah yang telah mengatur dan menolong kekasihnya (Rasulullah SAW).

3. Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal) 

Rasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi saw mengerjakan 'ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

4. Umar RA meninggal dunia,Uthman RA dilantik. 

Umar adalah khalifah ke dua selepas Abu Bakar RA. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah SAW dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza). Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al Mu'minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah Al Majusi. Dengan itu urusan kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman RA. Perlantikan Uthman bin 'Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Umar bin Al Khattab sebelum kematiannya.

5. Ali RA menjadi khalifah yang keempat

Setelah berlaku kontraversi tentang pembunuhan Uthman RA, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali RA. Perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

6. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam

Di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

7. Peperangan As Sawiq 

Pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

8. Satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim

Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

9. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w 

Pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

10. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji 

bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

11. Peperangan Dathin 

yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

12. Kemenangan tentera Islam 

yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

13. Kematian Yahya bin Aktham 

seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

Itu antara 13 peristiwa bersejarah dalam tamadun Islam yang berlaku dalam bulan Zulhijjah...

16 Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Zulhijjah!
16 Peristiwa Penting Yang Berlaku Dalam Bulan Zulhijjah! 

Dalam kehidupan MF... Ada juga peristiwa kenangan yang berlaku di bulan Zulhijjah... Antaranya :

1. Dilahirkan

Menurut mak dan kakak-kakak MF, MF dilahirkan pada hari raya Aidiladha.. Alhamdulillah...

2. Dinikahkan

Bulan Zulhijjah juga bulan MF dinikahkan dengan pasangan hidup pilihan MF dengan restu kedua ibu bapa serta keluarga kedua belah pihak. Majlis walimah yang sederhana digabungkan dengan kenduri korban.... Alhamdulillah... Majlis ringkas dan penuh bermakna ini juga berlaku dalam bulan Zulhijjah.

3. Melahirkan

Alhamdulillah.... Tahun ini... Sekali lagi mencatat peristiwa dalam bulan Zulhijjah... Tanggal 5 Zulhijjah MF selamat lahirkan cahayamata ketiga dengan selamat, sihat dan sempurna... Alhamdulillah...

Itulah 3 peristiwa besar yang berlaku dalam hidup MF pada bulan Zulhijjah... Bulan Zulhijjah bulan terakhir yang penuh barakah dan bermakna bagi umat Islam dan diri MF sendiri...  Alhamdulillah.... 

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Fakta yang menarik kak maria.. +3 tu pun kebetulan yg sangat best. error, bukan kebetulan tapi suratan.. ahaks..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..terima kasih perkongsian ini..dan tahniah kelahiran anakanda ketiga..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !