11 Zikir Amalan Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


11 Zikir Amalan Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia!  | Masakan sedap bukan sahaja terletak kepada teknik dan bahan serta cara memasak. Tetapi unsur kerohaniaan yang diterapkan ketika memasak boleh menjadikan satu-satu masakan itu sedap. Ini sekaligus dapat membentuk peribadi ahli keluarga, 


Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu atau bapa yang suka memasak untuk keluarganya. Jangan tak tahu, ada lelaki/suami yang hobinya memasak. memang untuk isterinya... 

11 Zikir Amalan Ketika Memasak Untuk Bentuk Keluarga Bahagia!


#1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak. 

Solat sunat apa pun tak kisah, asalkan yang bersesuaian la... seperti solat sunat hajat, solat sunat Dhuha, atau paling kurang solat sunat wuduk.

#2. Doa masuk dapur 

iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

#3. Doa mengambil beras 

iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

#4. Doa simpan beras 

iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."

#5. Doa memotong sayur atau daging 

iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

#6. Doa memotong sayur 

ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus."

#7. Doa meletak kuali atas dapur 

ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

#8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. 

Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

#9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. 

Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

#10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 

yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

#11. Zikir penyedap sajian yang dimasak 

ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Sumber rujukan: Karangkraf.com

Memasak dengan keikhlasan insha Allah pasti sedap... Nak mudah amalkan zikir ni.. print dan tampal di dapur. Ataupun masa memasak, pasanglah zikir-zikir lazim atau zikir munajat.. insha Allah, jika telinga sentiasa mendengar zikir, lama-kelamaan lidah akan terbiasa mengikut.. Jom... kita amalkan bersama dalam usaha membentuk keluarga bahagia. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !