div id='header-inner'>

Perbezaan Perodua Bezza dan Proton Persona 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dua buah kereta sedan yang hangat diperkatakan masa kini... yang pertama ialah satu syarikat automobil tempatan iaitu Perodua yang mengeluarkan kereta sedan pertama yang diberi nama Bezza. Tak lama selepas Bezza dilancarkan, Proton tak duduk diam, dan melancarkan Proton Persona baru... Tidak mengeluarkan nama lain... cuma upgrade design dan beberapa spesifikasi. 

Bila dah ada persaingan, mulalah akan wujud perbandingan... dan sebagai pengguna kena bijak buat perbandingan sebelum beli... sebab perbandingannya dua jenama Malaysia... 

Jom lihat apa perbezaan antara kedua kereta sedan ini... 

Ini adalah spesifikasi untuk kedua-dua jenis kereta.


Proton Persona
Sekali pandang, Proton Persona 2016 ni sangat menarik rekabentuknya dan pasti memikat pengguna yang inginkan gaya muda dan mahukan kelainan dan nampak mewah gitu. kalau tengok iklan kat TV pun mengancam.. dah macam gaya kereta mewah.


Harga Proton Persona Baru 2016:
Dianggarkan harga Proton Persona di antara RM47,000 - RM61,000

Kelebihan
  • Kuasa enjin yang lebih besar iaitu dengan kapasiti Enjin 1.6L. 
  • 5 stars Asean NCAP
  • 6 Airbags
  • ABS, EBD, TCS, BA, EPS, VSC dan AHS
  • Running day light
  • Sistem infortainmen, touchscreen dan navigasi
  • Seatbelt reminder dan Isofix
  • Steering audio control
  • Push start button
  • Auto fold wing mirror
  • Reverse camera

Satu pembelian yang berbaloi kerana dari penawaran harga serta kelebihan yang diberi, ianya hanya akan diperoleh pada kereta-kereta mewah yang berharga beratus ribu!

Kendalian pemanduan jentera Proton tidak boleh dipertikaikan kerana ia antara yang terbaik dan menjadi salah satu tarikan proton. Proton tetap mementingkan dengan keselesaan seperti rekabentuk tempat duduk dan sistem hawa dingin yang effective.

Kekurangan
Kekurangan yang nyata adalah mungkin penggunaan enjin serta transmisi lama, kurang diyakini pengguna serta berdaya saing terutama dari sudut penggunaan bahan api dan kos maintenance.

Selain itu, kualiti kereta Proton yang masih diragui serta servis dan mutu perkhidmatan lepas jualan yang kurang memuaskan. Tapi MF rasa, ok je sebab boleh dikatakan mudah berurusan dengan Proton Servis ni... cuma biasalah kena buat temujanji.. kalau walk in pun takdelah lama sangat tunggu. 

Kereta keluaran Proton dikatakan kurang harga bila nak dijual semula.. Tak pasti la yang ni.. sebab kami ni jenis pakai kereta sampai dah tak boleh pakai... tak rasa nak jual atau tred in yang baru... 

Perodua Bezza

Pada keseluruhan rekabentuk, ianya kelihatan biasa bagi sebuah model sedan. Rekaan yang masih terikat dengan gaya Toyota serta belum menampakkan identiti tersendiri Perodua walaupun ia dibangunkan oleh jurutera tempatan.

Harga rasmi Perodua Bezza OTR untuk setiap jenis:
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Manual: RM37,300
  • Perodua Bezza 1.0L Standard G - Automatik: RM39,300
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Manual: RM42,800
  • Perodua Bezza 1.3L Premium X - Automatik: RM44,800
  • Perodua Bezza 1.3L Advance - Automatik: RM50,800


Kelebihan
Sudah tentu kelebihan utama yang menjadi tarikan adalah penarafan Status EEV pada kereta ini. Ianya sangat diperlukan pada zaman harga minyak yang tinggi dan tidak menentu dan seringkali jem.

Keluasan ruang dalaman serta ruang bagasi (508 liter) begitu menonjolkan keistimewaan Bezza. 
Papan pemuka (dashboard) juga tidak nampak murah dan agak kemas. 

Bagi model 1.3L premium, ianya menampilkan spesifikasi yang amat hebat dan berbaloi! Antara yang ditawarkan adalah:
  • 5 stars Asean NCAP
  • Sistem ”Eco-Idle”
  • ABS, EBD, VSC, HSA
  • Reverse camera
  • Sistem infortainmen dengan touchscreen
  • Steering audio control
  • Smart Entry & Push start button
  • Isofix
  • Fold Rearseat (60:40)

Kelebihan yang diberikan sangat menarik dan berbaloi bagi sebuah kereta sedan dalam kategori harga antara yang paling rendah. 

Selain itu, kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap ketahanan dan kualiti enjin serta maintenance kereta Perodua yang murah, merupakan satu kelebihan yang tidak mampu ditandingi Proton.

Kekurangan
Enjin berkuasa 1.0L untuk sebuah kereta sedan!? Harga untuk jenis ini sangat menarik pembeli namun mampukah enjin ini membawa dengan selesa apabila Bezza ini diisi penuh dengan penumpang dan barang? Begitu juga dengan spesifikasi, kalau beli variant 1.3L Premium...  Ini yang pertama kali suami MF pertikaikan... Body besar tapi enjin kecil... Jimat minyak kat mana katanya... 

Rekaan tempat duduk kereta Perodua pula masih jauh ketinggalan dari sudut ergonomik dan keselesaan. Terutama kerusi belakang yang menegak dan terlalu rata hingga kelihatan seperti sekeping papan! Sakit belakang dibuatnya... Keluasan tempat duduk penumpang juga sedikit sempit berikutan telah digunakan untuk meluaskan ruang but bagasi. Nampak kan.. ada lebih ada kurang disitu. 

Sumber: Olahan rujukan internet dari pelbagai sumber website. 

Jadi, nak beli kereta pun kena istikharah juga.. Macam MF masa memula nak beli kereta MPV dulu pun puas memikir, nak ambil Alza ke, Estima, ataupun Exora... Setelah bincang dengan suami, tengok bajet kewangan pada masa akan datang...kelebihan dan kekurangan... akhirnya rezeki kami dengan Exora. 

Jadi, antara Perodua dan Proton masing-masing ada kelebihannya... Perodua dah lama beli.. Viva660 keluaran kedua tahun 2008 suami beli.. Tapi MF tak boleh nak bandingkan keduanya walaupun kami pakai sebabnya dua versi yang berbeza, Exora jenis MPV manakala Viva tu pula versi kereta kompak... sangat tak sesuai jika nak bandingkan... kalau nak banding kena sama jenis... dan MF rasa bagi yang nak bandingkan kereta untuk dibeli... tak sesuai juga bandingkan kereta keluaran luar negara dan keluaran Malaysia, dah tentu ada perbezaannya, sebab teknologi Malaysia dan luar negara ternyata banyak bezanya. 

Apa pun, buatlah keputusan yang bijak.. lihat penggunaan jangka masa panjang... Bagi yang nak anak ramai...lebih baik beli MPV je terus... tak payah dah nak tukar-tukar kereta nanti... melainkan memang anda jenis suka tukar-tukar kereta... tak boleh nak kata apa... 

Kereta Malaysia, masih ada kualitinya walaupun banyak kekurangan... Biarlah orang nak pandang lekeh kita pakai kereta proton pun.. asalkan poket kita tak kering memikirkan nak bayar bulan-bulan semata-mata nak bergaya dan menunjuk kat orang kan... 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. ingatkan pintu bezza ni mcm kereta sport mula2 dulu.. hehe

    BalasPadam
  2. Setuju sangat tu, Maria. Jangan sampai poket kering sebab nak terlebih gaya. Mana yang mampu dan sesuai dengan keperluan kita ajelah.

    BalasPadam
  3. Gmbar persona lama tu admin. Persona baru lainnn

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)