GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

BOLEH JE JIMAT ELEKTRIK WALAUPUN GUNA AIR-COND!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teruja betul bila dalam masa 3 bulan bil elektrik makin menurun... Alhamdulillah... Tiada yang mustahil pun... masih boleh berjimat walaupun guna air-cond. 

Kami kena pasang air-cond sebab ada ahli dalam rumah kami ni, ada alergik dan gatal-gatal kalau berpeluh... lagipun panas di rumah ni lain macam... 

Ramai juga tanyakan tips... Tiada rahsia pape pun sebenarnya... 
Amalan biasa kami buat, pasang air-cond bila perlu sahaja... Guna lebih 12 jam terpasang, kalau on off macam guna kipas, memang parak la letrik... 

Lagi satu, selalu cabut plug yang tak guna... 
Basuh baju dengan muatan penuh... jangan basuh sikit-sikit... dan kami pun guna mesin basuh yang kecil je... 6.5kg je muatannya, jadi jimat juga kat situ... tapi hari-hari basuh la.. 

Selain tu, kami guna alat penjimat elektrik sebagai support..

Macam ni la rupanya alat jimat eletrik tu... ni versi lama, ada versi baru... tapi jangan beli yang murah macam kat Lazada tu... sebab yang tu tipu..jenis ni suami beli di Facebook je... harga tak sampai RM100, tapi berbaloi la bila guna dan dapat jimat macam ni...

Kredit gambar: Facebook


Dah tanya abang ipar yang memang kerja bahagian wiring eletrik ni... dia kata takpe je guna alat tu sebab kompasitor je. fungsinya untuk simpan lebih elektrik. Kami pasang 3 unit kat rumah... pasang pada soket yang banyak guna tenaga seperti, sebelah soket untuk seterika, ruang tamu dan dalam bilik.

Satu lagi cara nak jimat, masa wiring air-cond, pastikan ambil terus dari meter utama, jangan sambungkan dari wayar soket... Ini perkongsian dari kawan suami yang belajar bab wiring juga. 

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ