div id='header-inner'>

Bangganya Makan McDonald's!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sedapnya tengok McDonald's.. tergoda juga tengok iklan terutama burger Rio yang baru... Jika dulu, pantang tengok iklan yang baru mesti terus beli... Tapi, alhamdulillah.. Allah buka pintu hati... Untuk sama-sama renungkan... Nasib umat Islam lain... Walaupun lain negara dan lain bangsa.. tapi setiap umat Islam itu bersaudara.

Dalilnya:
Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
لا تحاسدوا ولا تَناجَشُوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ,وكونوا عباد الله إخواناً. اَلْمُسْلِمُ أَخُو المسلمِ: لا يَظْلِمُهُ ولا يَخْذُلُهُ ولا يَكْذِبُهُ ولا يَحْقِرُهُ. اَلتَّقْوَى هَهُنا – يُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ- بِحَسْبِ امْرِيءٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخاهُ الْمُسْلِمَ. كُلُّ الْمسلمِ عَلَى المسلمِ حَرامٌ: دَمُهُ وَمالُهُ وعِرْضُهُ
“Jangan kalian saling hasad, jangan saling melakukan najasy, jangan kalian saling membenci, jangan kalian saling membelakangi, jangan sebagian kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain, dan jadilah kalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslim bagi lainnya, karenanya jangan dia menzhaliminya, jangan menghinanya, jangan berdusta kepadanya, dan jangan merendahkannya. Ketakwaan itu di sini -beliau menunjuk ke dadanya dan beliau mengucapkannya 3 kali-. Cukuplah seorang muslim dikatakan jelek akhlaknya jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Setiap muslim diharamkan mengganggu darah, harta, dan kehormatan muslim lainnya.” (HR. Muslim no. 2564)

Jadi, atas kesedaran ini... Kami mula memboikot seluruhnya. Terutamanya McDonald's, tapi takdelah ekstrem sampai marahkan orang yang kerja dengan McDonald's. 

Kenapa kena boikot????

Rujuk info grafik ni, dan renungkan dalam-dalam...

Jadi... Fikirkan... Dan renungkan... 
Letakkan diri kita ditempat mereka... 

Patutkah kita berbangga bila makan McDonald's???

Dari seorang Ustaz…

Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak namun kita mengambil iktibar kisah ini:-

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air.. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yg dilakukannya berulang-ulang kali sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api!

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, “Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?”

Lalu dijawab oleh burung kecil, “Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri.. Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aku tidak akan dipertanggung-jawabkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!”

*Jika tidak mampu memberi untuk tabung Palestine, berusaha lah untuk berhenti menyumbang dana zionis! …. ustaz*

JIKA TAK MAMPU NAK LAKUKAN SEMUA, JANGAN TINGGALKAN SEMUA... 

MUNGKIN USAHA KECIL KITA INILAH YANG MENARIK DIRI KITA KE SYURGA... 

Sokonglah produk orang Islam... 
Nak tahu restoran makanan segera yang setanding bahkan sedap, murah dan halal DI MALAYSIA?

Boleh baca review MF >>>DI SINI<<<

Sumber infografik: amazingnara.com

Kini dakyah terbaru, nak sesatkan dan lalaikan umat Islam dengan teknologi pula, iaitu melalui permainan yang tengah trending sekarang ni... "pokemon Go". Sehingga ada yang taksub hingga sanggup maki hamun ulama dan orang yang menegakkan kebenaran Islam. 


Catat Komen

4 Ulasan

  1. Saya pun tak makan mcD..bukan sebab boikot..tapi sebab anak2 tak suka.Kalau nak kata boikot nampak menipu pulak..heheheh

    BalasPadam
  2. thanks for sharing...bagus sebagai peringatan

    BalasPadam
  3. Bila dah taksub.. semua benda jadi betul..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)