GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Punca Utama Pasangan Mudah Curang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semalam sekali lagi tonton telemovie "Khilaf Seorang Isteri". Dan drama ni pernah dimainkan kat kaca TV tahun lepas. MF pernah review tentang drama ni >>>DI SINI<<<.

Banyak isu yang dikupas dalam drama ni... Banyak pengajaran dan moralnya terutamanya bab kecurangan seorang lelaki atau perempuan (suami/isteri). Bila sebut bab curang, sinonim betul dengan suami... Tapi sebenarnya, ramai juga isteri curang zaman sekarang ni... Bila sebut hal kecurangan, kita akan salahkan si pelaku... sedangkan kita kurang sedari apakah punca kecurangan itu bermula dari kita sendiri...

Berikut adalah, 5 punca utama kenapa hati seorang lelaki atau perempuan itu mudah berpaling arah.

1. Tidak menyediakan keperluan
Kalau pun benar sibuk dengan urusan kerja, jangan pula sampai abaikan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar, sudah pasti si dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang kita.

Ini MF suka ambil pengajaran dari drama "Isteriku Bukan Tukang Masak". Drama komedi tapi ada maknanya. Isterinya yang tak reti masak dan pandang remeh bab memasak... Akhirnya, suaminya mudah nak berpaling arah... Bahkan teringat kembali memori kekasih lama yang pandai memasak. Dan konflik berlaku bila si suami berjumpa semula dengan kekasih lamanya yang pandai masak tu.

2. Sukar beri layanan seks
Masih ada yang kurang ambil berat apabila masuk bab ini. Tambah pula selepas punya anak, ada yang curi peluang bagi alasan sibuk anak. Bahaya, sebelum terlambat boleh ubah. Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Penat mana sekalipun, jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Lagi bahagia buat si dia jika anda boleh beri lebih daripada itu. Jangan fikir suami akan faham dengan kita yang penat dengan kerja dan urus rumah tangga, kita pun kena faham, itulah nafkah batin suami yang wajib si isteri jaga.


3. Buat seperti orang suruhan
Mungkin kadang tidak mampu kawal emosi, tetapi lelaki cukup tidak suka jika pasangan memarahi mereka sesuka hati di khalayak ramai. Pendek kata, ini berkait dengan soal maruah lelaki. Paling penting, jangan bersikap ‘queen control’ kerana lelaki akan rasa dirinya diubah dan disekat. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.


4. Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Alasan selalu diguna, itu kawan dan ini juga kawan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya.

5. Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Sumber: Majalah Keluarga

Jika kelima-lima ni terjaga elok, ada lagi satu iaitu mungkin tiada berkat dalam rumahtangga, sama ada lalai solat, culas solat dan tak amalkan cara hidup Islam... Koreksi diri, cari kelemahan diri... Tapi jika memang jenis mata keranjang tak boleh kata apa la kan... sempurna macam mana pun isteri/suami tetap nak cari lain... puncanya diri sendiri kerana tidak dekatkan hati kepada Ilahi. 


Jadi, untuk memelihara kerukunan rumahtangga, wajib patuhi perintah Allah dan Rasul... amalkan cara hidup Islam yang sebenar, insha Allah rumahtangga akan terpelihara. 

1Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ni sis.
    Semoga kita sama2 dapat hindarkan diri dari benda2 tak baik dalam perkahwinan.
    Amalkan doa tu inshaAllah.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ