2 Nikmat Allah Yang Ramai Orang Tertipu!!!

Maria Firdz
5
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


TERTIPU DENGAN DUA NIKMAT.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.huma, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya : Sihat dan kelapangan (masa lapang)" [HR Al Bukhari]

Ibnu Al Jauzi berkata "Adakalanya seseorang berada didalam keadaan sihat namun tidak memiliki waktu lapang kerana disibukkan oleh urusan dunia. Ada yang berkecukupan (waktu lapang) tetapi tidak sihat. Bila kedua keadaan ini berkumpul, sementara diri lebih dikuasai oleh rasa malas, bererti dia telah tertipu. Dunia ini adalah ladang akhirat, didalamnya ada perniagaan yang keuntungannya akan diperolehi diakhirat. Orang yang mampu memanfaatkan waktu lapang dan sihat untuk mentaati Allah, maka dia akan bahagia, sedangkan orang yang menggunakannya untuk maksiat terhadap Allah, maka dia telah tertipu kerana setelah kesenangan akan datang kesibukan dan setelah sihat akan datang sakit."

[Kitab Fathul Baari (Syarah Hadith Al Bukhari)- Bab Kelembutan Hati]

Sumber: Group Telegram Tazkirah Ringkas 
Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Assalamualaikum wbth...
    Terima kasih sudi berkongsi dan ingatanbuat saya sendiri...terima kasih

    BalasPadam
  2. Singgah pagi...
    2 nikmat yg selalu kita ambil mudah..
    terima kasih kerana selalu mengingatkan bersama...:)

    BalasPadam
  3. 2 nikmat yang manusia tertipu termasuk la AM sendiri..

    Allah banyaknya masa yang terbuang dan kesihatan yang di sia-siakan..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  4. Moga kita tidak mensia-siakan nikmat ini..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !