GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Sakit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Semalam balik sekolah, si Faiqah demam... MF masih kat sekolah... seperti biasa, dia dijaga oleh bapa dia la sementara menanti MF balik sekolah... Hari ni dah kebah.. alhamdulillah... tapi MF risau... takut dia demam semula kalau pergi ke sekolah... Jadi, awal pagi dah pesan kat suami tak payah la bagi dia ke sekolah... takut demam semula pula nanti... sebab dia tu senang sangat nak berjangkit... dan kurang minum air walaupun dibekalkan air masak. 

Jadi, sudah jadi tanggungjawab ibu bapa, bila anak tak pergi ke sekolah, MESTI sediakan surat cuti sakit jika tidak ke klinik atau hospital dapatkan pengesahan doktor. Biasalah kan... kadang demam yang tak teruk malas nak berjam-jam menunggu semata-mata nak dapatkan surat cuti sakit dari hospital... Jadi, pilihan yang ada ialah sediakan surat cuti sakit... Tapi jika ada surat dari klinik atau hospital tak jadi masalah... Tak buat surat pun, pihak sekolah dah sedia maklum dah. Tapi jika takde kena buat surat. Kalau tak pelajar tersebut dikira ponteng sekolah. 


Di sini, MF nak kongsikan salah satu format surat cuti sakit untuk anak-anak yang bersekolah... 

MF izinkan copy dan edit untuk kegunaan semua... moga bermanfaat ya.. 

Sumber: google images

Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah


_____________________________________________________________


                                  
                                                       
Tuan/Puan, 
PERKARA:TIDAK HADIR KE SEKOLAH 
Merujuk pernyataan diatas, saya waris penjaga ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada . 
2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas. Oleh yang demikian, saya ingin memaklumkan anak jagaan saya masih belum sihat sepenuhnya untuk kembali bersekolah. Jadi, saya tidak membenarkan anak jagaan saya ke sekolah kerana ingin memantau kesihatannya di rumah.  
3. Anak jagaan saya akan kembali ke sekolah setelah sihat sepenuhnya dari demamnya. 
Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan . 
Sekian terima kasih .

Yang benar,

........................................
()

Tapi jika nak buat surat sokongan dengan surat cuti sakit dari doktor, lebih dialu-alukan... kerana itu lebih kukuh. Tapi kalau ada surat MC dari klinik atau hospital, biasanya MF tak buat surat lain dah... Bagi je surat MC tu.. Sebab MF sebagai guru tingkatan pun begitu... terima je surat MC dari hospital atau klinik..tanpa surat sokongan. Itu dah cukup sebagai bukti memang anak kita sakit. 

Surat ini mestilah sah dari ibu bapa atau penjaga... bukan rekaan dari pelajar itu sendiri... Kadang bahaya juga ye... Tapi, cikgu dia kenal pelajar dia... kalau jenis kaki ponteng, surat begini memang dia tak terima dah... hehe... 

2Ulasan

  1. ye..saya pun kalau anak sakit tapi tak ke klinik memang sediakan surat sendiri.kalau ada surat klinik tak tulis a..bagi surat klinik dah la..

    BalasPadam
  2. Panduan menulis surat ini amat berguna kepada semua. Baik kepada pelajar malah penjaga mereka untuk mengarang surat rasmi.

    Diharap dapat lagi menulis lebih lagi info yang berkaitan

    Panduan Terkini Malaysia

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ