GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Lelaki vs Perempuan : Siapa Lebih Hebat Di Dapur???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Minggu lepas, secara santai dipetang hari, tonton kejap rancangan Dapur Panas vs 5 Rencah 5 Rasa. Rancangan memasak ni antara rancangan feveret MF dan suami bila ada masa terluang. Dan kedua-dua rancangan memasak ni tukang masaknya adalah lelaki. Tapi bila ada gabungan "vs" ni maknanya kedua tukang masak atau chef ni kena berentap masak dengan resepi yang disediakan.


Memula tu tengok la... Awalnya mereka pilih dan buat cabutan nak kena masak resepi apa... bila dah buat cabutan, diorang kena fikirkan apa bahan-bahan untuk masakan ni. MF fikir takde masalah kan sebab diorang terer dah... tapi rupanya diorang ni ada pembantu.. iaitu setiap seorang ada pembantu perempuan dari rancangan realiti tv, seorang dari rancangan Mentor dan seorang lagi dari rancangan Clever Girl.

Yang menariknya, kedua perempuan nilah yang kena cari bahan yang diperlukan untuk masak resepi yang telah ditetapkan tadi. Menarik juga... masa diberi 20 minit... diorang kenalah cari bahan-bahan tu berpandukan call dari chef tadi.

Seronoknya MF tengok, bila lepas 20 minit... Alahai, rasa malu pun ada bila lengkuas dan halia tertukar... suruh beli santan, dibeli kelapa... dan ada beberapa bahan lain yang salah beli.. hmmm... Bagi MF, rasa malu lah sebab orang dulu, nak cari perempuan biarlah yang pandai di dapur... Tapi hal macam tu tak ditekankan sangat zaman sekarang, tu yang buatkan perempuan sekarang tak kenal barang-barang kat dapur.

Jadi, lelaki dan perempuan, siapa yang lebih hebat di dapur???

Kredit: Ahmad Saifuddin Yusof

Jawapannya, adalah bergantung kepada didikan. Jika dari kecil dilatih dan diajar buat kerja rumah, takde masalah pun lelaki atau perempuan nak memasak dan masuk dapur. Tapi kalau masih taksub berpegang dengan adat Melayu, yang mengatakan kerja dapur kerja perempuan semata-mata pun tak boleh juga...

Jadi, lelaki dan perempuan mana yang hebat kena bermula dari awal didikannya. Biasakan anak lelaki atau perempuan di dapur. Jika lelaki mahir di dapur, insha Allah senang mak dan isterinya dikemudian hari... Jika perempuan  hebat di dapur, untung bapa dan suaminya... Jadi, dua-dua ada kepentingannya. Paling kurang, kenalkan anak-anak sedari awal bahan-bahan di dapur...

Tapi beza memang berbeza, antara lelaki dan perempuan di dapur. Lelaki ni campak-campak pun sedap kan... memasak lebih simple... Kita perempuan lebih complicated...teliti bab apa sahaja... majoriti lah... tapi kalau lelaki Mr. Perfect, memang lebih complicated dan teliti dari perempuan pula kengkadang kan... Sebab tu lelaki ni simple bab memasak, itulah sebabnya lelaki lebih ramai jadi tukang masak di restoran dan kedai makan.

5Ulasan

  1. betul tu.. Bab didikan tu penting.. Lelaki ke perempuan ke kena sama2 membantu buat kerja dapur dan rumah.. untuk kesenangan di masa hadapan..

    BalasPadam
  2. Dua2 boleh & pandai masak tak kisah lelaki atau perempuan cuma masakan perempuan penuh dengan kasih sayang. Tu je beza.

    BalasPadam
  3. Mulakan dengan didikan dan kebiasaan , kemudian datangnya kefahaman dan kesedaran.. bezanya lelaki pantas buat kerja dan memikirkan jalan memudahkan.

    Sertai peluang menambah pendapatan dan platform pengiklanan di www.dananiaga2u.com/bizzfarhana

    BalasPadam
  4. CT akuilaaa ada jugak men yang hebat2 di dapur.. in fact chef2 selebriti pun ramai je laki.. tapi gegurl pandai gak. tu nature kita hehe..

    BalasPadam
  5. SEkarang ramai tukang masak lelaki hi3

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ