GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nak Berubah ??? Lakukan 5 Langkah Awal Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak berubah ke arah yang lebih baik??? Alhamdulillah... maknanya Allah telah berikan petunjuk dan cahaya hidayah kepada kita, supaya kita tak terus terleka dengan nikmat dunia... 

Tapi nak berubah pasti bukan sesuatu yang mudah. Nak hadapi cabaran mulut-mulut orang sekeliling... fuhh... mencabar tuh... tapi kena kental hati, jika betul nak berubah dan ikut 5 langkah awal ini:

Cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.

1.Tukar gambar profile pada semua jenis laman sosial.
Ganti gambar profile kepada gambar kucing, awan atau gambar yang lebih sopan dan menyejukkan mata bila kita sendiri pandang gambar tu.

2. Delete segala gambar yang menggoda atau yang tak menutup aurat.

3. Pakai tudung, handsock (sarung lengan), sarung kaki (stokin), ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan. Kita sedang mahu menuju ke Syurga. Kalau dah terbiasa, pasti akan rasa janggal sangat tak pakai.

4. Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah. Di youtube pun boleh. Cari dan pilih kawan yang lebih baik... Tapi jangan tinggal terus kawan yang belum dapat cahaya hidayah Nya. Ajaklah kawan-kawan kita sama-sama berubah seperti kita. 


5. Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang terakhir ni? TAHNIAH! Moga istiqamah selamanya.


Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi?

Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah "wanita solehah".

Kita yang perlu mencari. HIDAYAH tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.

"Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik." Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat.

PERGELANGAN TANGAN itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.

KAKI pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar. .

TUDUNG tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan suruhan sesiapa.

Baju/kain/seluar tu. Biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.

Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda. Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz/ustazah, pelajar sekolah, universiti atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA bukan pada IC sahaja.

Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita. Jaga aurat dan jaga akhlak juga. kerana zaman sekarang ramai dah menutup aurat, tapi akhlak masih low class. Biarlah akhlak dan aurat tu seiring bersama... barulah maruah muslimah solehah itu benar-benar terjaga.


Maaf. Kalau terasa. Tak seronok kalau masuk syurga sorang sorang. KERANA RASA SAYANG AKAN SAHABAT, Saya kongsikan nasihat ini.

0Ulasan