div id='header-inner'>

Resepi Ramadhan: Puding Roti Kurma Bakar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ramadhan yang terperap dalam phone... Dah lama nak kongsikan walaupun tak seberapa...

MF pun dah hampir lupa, resepi ni MF masak bila... Tapi kalau tak silap dua minggu lepas... Hehe...

Memandangkan sayang kat roti gardenia yang hampir tamat tarikh luputnya... Terus terpikir nak buat resepi ni... Menggunakan bahan yang mudah dan senang... Kejap aje siap... Buat juadah berbuka...


Bahan-bahan:
Roti gardenia
Susu sejat/susu cair/susu segar... (ketiga-tiga susu kebetulan takde kat rumah waktu MF nak buat resepi ni... Jadi MF guna susu tepung dan bancuh kemudian sejukkan guna ais batu...)
Buah kurma dibuang biji
Serbuk kayu manis atau esen vanila
Gula
Mentega/marjerin (MF guna Planta)- sebahagiannya dicairkan.
1 Biji Telur

Cara memasak :
Sapu roti dengan mentega dan susun dalam loyang pembakar..  Terpulang nak susun macam mana... Selang seli lapisan dengan taburan kurma tanpa biji.
Pukulkan telur, gula dan susu hingga agak kembang dan sebati... Masukkan esen vanila dan kacau sebati...
Tuangkan bancuhan susu, telur dan gula tadi ke dalam loyang berisi roti... Kemudian tuang pula mentega cair.
Sebab dah ada marjerin ni tu yang tak perlu tambah garam lagi.
Kemudian bakar dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 150-165 darjah celcius (bergantung kepada oven masing-masing).
Dah siap bakar, bolehlah dihidang...
Memang baunya wangi...

Ok.. MF tak nyatakan sukatan... Sebabnya bergantung kepada berapa banyak roti dan keluasan loyang digunakan... Main agak je la ye... Memang style MF masak tak reti nak sukat kecuali buat kek dan biskut... Hehe...

Alhamdulillah..  Menjadi walaupun tak pernah MF buat...
Sesiapa nak cuba... Dipersilakan...

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)