5 Sedekah Yang Ramai Orang Sekarang Tinggalkan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كُلُّ سُلامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ , مَا يَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَيُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ وَيَحْمِلُهُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلاةِ صَدَقَةٌ ، وَيُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ "

(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sendi ditubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah."



Huraian Hadis:

Sedekah, terutama dihujung Ramadhan ni pasti ramai la berlumba-lumba nak buatkan... Keluarkan belanja dan peruntukan khas untuk sedekah...  Tapi kita lupa... Sedekah bukan terhad kepada duit atau harta sahaja..

5 Sedekah Yang Nabi pernah sebut dalam hadis Sahih ni, dah lama orang tak peduli nak buat bahkan tak endah... Mungkin diorang tak tahu, itu adalah sedekah yang dituntut dalam Islam...

1. Berlaku adil bagi dua orang yang bergaduh... 
Maknanya mendamaikan dua orang yang bergaduh sangat dituntut dalam Islam. Namun, amalan ini dah tak ramai yang buat... Bahkan orang makin ramai yang batu api atau ambil langkah mendiamkan diri...

MF perhatikan di Facebook dan terutama Page Kisah Rumah Tangga, ada yang minta pendapat dengan masalah yang dihadapi... Berapa ramai yang bagi nasihat baik... Kebanyakannya bagi nasihat yang boleh meruntuhkan rumahtangga... Nauzubillah...

Jika kita berjaya damaikan dua orang bergaduh itulah sedekah yang tak tergambar nilainya kerana mengeratkan hubungan silaturahim itu juga satu ibadah.

2. Membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang menaiki kenderaan.
Amalan ni pun tak ramai nak buat... Lihat mak cik pak cik yang berusia... Berapa kerat yang nak bantu??? Ada yang tengok tanpa perasaan... Hmmm... Sedih lihat situasi ni...

3. Perkataan yang baik
Ini pun sama juga... Tambahan dengan zaman viral kan... Berapa ramai memberi teguran tapi dengan gaya maki hamun dan hentam menghentam... Jagalah perkataan tu... Kerana itu juga sedekah... Fikir dulu sebelum memberi komen tanpa melukakan hati orang lain...

4. Berjalan ke masjid
Berapa ramai yang kejar pahala ni??? Rasanya tak ramai... Tengok saja waktu solat Jumaat... Orang sanggup double Park untuk solat dalam masa yang sama menyusahkan orang lain... Camne tu kan... Punya la malas nak parking jauh sikit sebab malas nak jalan jauh... Astaghfirullah...

5. Membuang perkara yang menyakiti di jalan
Amalan ni pun tak ramai yang buat... Tengok aje jalan raya dan highway kat negara kita... Tak sah la kalau takde sampah kan... Bahkan orang buang sampah lagi sambil memandu... Astaghfirullah...


Inilah sedekah yang ditinggalkan... Ramai orang tak buat... Kita sibuk nak sedekah duit, wang dan harta... Tak salah... Tapi jika tiada wang... 5 amalan ni cuba kita lazimkan... Didik anak kita buat perkara yang sama... InshaAllah.. Pasti aman duniaaa... 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. setuju sangat. lebih² lagi yang no.1. manusia cepat sangat melenting, xbincang elok² dulu

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^