GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

AWAS! PENCURI DI BULAN RAMADHAN!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

⏳Awas Pencuri Di Bulan Ramadhan⌛

Ia bukan tak penting langsung...tapi kalau banyak sangat ia 'mencuri' masa kita, ia perlu ditangani segera.

Kerananya, kita serba tak sempat, meraih 1001 peluang ibadat di bulan berkat.

Awasi!

📺 1) TV...
Ini merupakan pencuri yang merbahaya, yang boleh merosakkan puasa seseorang dan mengurangi pahalanya, seperti filem, drama dan iklan murahan yang mendedahkan aurat.

🛍 2) Pasar...
Ini juga merupakan pencuri istimewa dalam menghabiskan wang dan waktu tanpa batas. Oleh kerana itu, tentukan perbelanjaan kita mengikut keperluan ketika pergi ke pasar.

🌃 3) Berjaga Malam Untuk Perkara Yang Lagha...
Pencuri yang mengambil waktu yang paling berharga. Pencuri yang mengambil solat tahajud dari seseorang hamba di sepertiga malam terakhir dan mencuri kesempatan untuk istighfar serta taubat.

🍽 4) Dapur..
Pencuri yang banyak mengambil waktu yang panjang untuk membuat berbagai jenis masakan, berupa makanan dan minuman. Hampir-hampir semuanya tidaklah masuk ke mulut, kecuali sedikit sahaja.

📱5) Handphone...
Sebahagian orang hanya sekadar menjawab panggilan masuk namun ia boleh diserang dengan dosa berupa mengumpat, mengadu domba, dusta, memuji diri sendiri atau orang lain, menceritakan rahsia dan keaiban orang lain, berdebat tanpa ilmu, ikut campur urusan orang, dan sebagainya dari kesalahan-kesalaham mulut yang banyak yang juga merupakan majlis yang kosong dari zikir.

💰6) Bakhil...
Sedekah akan melindungi kita dari neraka, dan sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadhan; maka bersedekahlah secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

🎭7) Majlis yang kosong dari mengingati Allah...
Pencuri ini adalah yang mempersiapkan bagi kita penyesalan di hari kiamat. Nabi s.a.w bersabda: "Tidaklah suatu kaum bermajlis, tidak mengingati Allah dan tidak juga berselawat kepada Nabi mereka kecuali mereka meninggalkan penyesalan. Jika Allah mahu maka Allah akan menyeksa mereka, jika berkehendak, Allah mengampuninya."

Jadi, kalau buffet Ramadhan pun dikira majlis kosong yang melalaikan, jika berbuka puasa dengan hidangan yang banyak hingga solat pun dihujung bahkan ada yang tak solat maghrib langsung... Hati-hati ye bagi yang pergi buffet Ramadhan.

Sumber: Google images

Adapun pencuri terbesar adalah FACEBOOK dan/atau WHATAPPS apabila tidak digunakan dengan benar dalam kebaikan dalam menyambut tamu yang berharga ini (Ramadhan).

Marilah kita mewasiatkan kepada diri kita untuk bersiap sedia menyambut bulan yang mulia ini; jika kita mendapatinya pada tahun ini, maka belum tentu kita akan dapatkannya pada tahun-tahun yang akan datang.

🌛 Marhaban Ya Ramadhan🌛

2Ulasan

  1. Terima kasih saling mengingatkan.. Memang kadang awal puasa ni banyak "pencuri" jadi lemau nak tidur je..huhu

    BalasPadam
  2. TQ atas peringatan. Kadang kita tak sedar yg benda2 ni mencuri terlalu banyak dari kita

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ