GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tazkirah Jumaat | Bila ALLAH...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sahabat...

Dalam hidup kita ini..

Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita hanya nampak ubat yg menyembuh.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH berjayakan kita dalam peperiksaan melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita hanya nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi kita kerjaya yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita hanya nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Sahabat,

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita hanya nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita hanya nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita hanya nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.

Sahabat,

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita hanya nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang mudah kita perolehi dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH.

Sungguh, mata hati kita masih buta dan terhijab... Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal daging yang bernama hati. Kita masih gagal untuk melihat Yang Maha Pencipta disebalik sesuatu kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Hakikatnya kita datang dari ALLAH, hidup untuk ALLAH dan kembali kepada ALLAH.

Sahabat,

Semoga ruh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada ALLAH dicucuri rahmat.. Yang PASTI kita semua akan menyusul..

Salam Ukhuwwah kerana ALLAH.
Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk kita semua, In Shaa ALLAH.
Sumber: Daie Media Sosial Jakim

Sama-sama kita muhasabah diri... meletakkan Allah yang utama dalam diri dan kehidupan kita.. segalanya dari Allah da untuk Allah sebagai mana doa iftitah dan ikrar kita dalam solat setiap hari...

2Ulasan

  1. huhu...begitulah selalunya
    moga hati ni cukup kuat untuk terus ingat DIA

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..betul..kadang kita sekadar mrlihat daripada pandangan luar tidak menghalusi hingga ke dasar..terima kasih cikgu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ