GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Selamat Hari Guru, Cikgu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah...
Tahun keenam digelar guru sekolah... Tak pernah terfikir panggilan keramat ini akan ku galas dan pegang... Namun rencana Allah itu yang terbaik...

Terutama sekali... Aku ingin ucapkan selamat hari guru kepada kedua ibu bapa ku. Kerana merekalah guru pertama ku..

Terima kasih buat semua guru ku di:
SK KUPANG
SMA DINIAH ISLAMIAH, KUPANG
SMK BALING
UTM, SKUDAI

Tanpa mereka siapalah aku...
Terima kasih juga buat suamiku
Guruku dan guru kepada  anak-anakku setiap hari sejak bergelar isteri...

Alhamdulillah...


Di sini... Suka aku nak kongsikan puisi sempena Hari Guru 2016.

Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bsuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecil hati tidak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tidak layak jadi pendidik,
Ijazah yg ada sekadar dikelek,
Masa mgajar dipendek2,
Pengalaman yang ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat,kemana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu megajar didepan kelas,
Ada murid dibelakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk SATU kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya,
Esok-Esok,
Keputusan peperiksaan keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Ibu bapa tidak sabar-sabar,
Mesti keputusan anak aku bikin gempar...
Silap-silap masuk surat khabar..

Ceritanya,
Bila keputusan mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menangis minta ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk,cikgu disalahkan,
Konon cikgu tidak berkelayakan,
Ilmu yang ada tidak cukup padan..
Ibu bapa melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dpt keputusan A one..!

Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tidak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tidak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini,aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tidak pernah letih,
Bukan wang ringgit yg cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih..

Hasil Karya:
Dato Ruslan Madon,
Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.

"Bertabahlah wahai guru..
jiwamu murni..
hatimu luhur..
baktimu disanjung..
disisi Ilahi.."


Good teachers are the reason why ordinary students dream to do extraordinary things.

A good teacher as a doctor who heals ignorance and an artist who inspires creativity. Thank you for being an awesome doctor and artist.


Alhamdulillah...
Terima kasih Allah atas segala nikmatMu...

6Ulasan

  1. menusuk kalbu puisi cikgu ni..tq for sharing maria ^_^

    BalasPadam
  2. selamat hari guru untuk maria dan guru² di malaysia

    BalasPadam
  3. Selamat hari guru juga buat sis maria

    BalasPadam
  4. selamat hari guru dik...
    moga terus berbakti utk mendidik anak muridmu...

    BalasPadam
  5. guru memang sinonim dgn kehidupan semua org.
    guru amat diperlukan.
    guru kerjaya yg nampak mudah, tapi hakikat nyer sgt susah.
    hanya guru aje tau betapa susah nyer...

    ari tu bila gi rombongan dgn ijat & teacher tadika, aida kagum dgn teachers.
    saba layan anak2 kecik tu semua.
    and one thing yg miracle, anak2 kecik tu semua ikut kata teacher.
    alhamdulillah :)
    sgt aida takut kalau2 ijat nyusahkan teacher.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ