بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Alhamdulillah.. Semalam majoriti sekolah buat sambutan sempena Hari Guru Se-Malaysia hari ni...
Pertama kalinya dalam sejarah MF berkhidmat sebagai guru, inilah kali pertama MF sambut tepat pada tarikhnya. Apa pun walaupun kenangan sambutan di sekolah yang lalu tetap indah terpahat dalam memori. Tak patut nak bandingkan.. Sebab lain tempat lain caranya.
Apa pun, sambutan hari guru tahun 2016, ditempat yang baru dengan suasana yang baru pastinya berbeza dan memberi suatu kenangan baru untuk MF sebagai guru...
Sejak dua minggu lagi, mula dah memikirkan tema hari guru. Memandangkan sekolah yang MF berkhidmat sekarang ni kecil je, jadi tak sukar nak tetapkan temanya.. Akhirnya sepakat memilih tema "Back To School"...
Jadi, cikgu-cikgu ni dah mula pinjam meminjam set baju sekolah siap dengan kasut dari pelajar tingkatan lima. MF tak pinjam sebab ada baju dan tudung dah. Memang zaman sekolah dulu lagi.. Dan Alhamdulillah masih muat dipakai.. Cuma kain biru takde, MF pakai kain hitam je, kononnya pelajar tingkatan enam la kan..
![]() |
Kejutan dari Ahli Parlimen Tenggara... Hantar sebiji kek kepada pihak sekolah sempena Hari guru |
Selepas naik van ke sekolah tu, kami terus diarak masuk ke dewan sekolah.. Dan ikut sahaja tentatif program yang diadakan serta yang telah dirancang oleh pelajar. Boleh dikatakan, 90% program sambutan hari guru ini, diatur dan disusun serta diuruskan oleh pelajar... Guru hanya bantu sikit-sikit je.
Selepas ucapan, perutusan, dan nyanyian Lagu Malaysia... Kami minum pagi... Selepas rehat, acara diteruskan dengan "indoor game" untuk guru-guru yang telah disediakan oleh pelajar. Happening betul.. Semuanya sporting...
![]() |
Antara persembahan pelajar.. Sketsa dari pelajar tingkatan satu |
Kemudian, guru disajikan dengan persembahan demi persembahan oleh pelajar serta diselang seli dengan slot cabutan bertuah... Cikgu pun tak tahu ada cabutan bertuah... Memang saja la ni pelajar yang buat kejutan.
Kemudian, acara akhir menonton sketsa oleh pelajar tingkatan lima. Dan seterusnya majlis penyampaian hadiah hari guru.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum masing-masing bersurai.. Walaupun agak lewat dari perancangan asal... Tapi segalanya berjalan lancar.
Walaupun nampak la tak berapa teratur tapi satu pengalaman besar buat pelajar tingkatan lima uruskan majlis dan program besar macam tu kan.. Pengalaman berguna untuk mereka juga... Namun, perlu diperbaiki...
Apa pun, segalanya berlalu semalam...
Terima kasih juga MF ucapkan kepada adik beradik, saudara, rakan taulan dan ahli keluarga yang beri ucapan dan doa kepada MF semalam... Doakan moga MF dapat jadi guru dan pendidik yang cemerlang dunia akhirat... Insha Allah...
alhamdulillah...hari guru nilah cikgu-cikgu boleh tengok bakat yang pelbagai ada pada anak murid..hehehe..
BalasPadamalhamdulillah...seronoknya MF, supporting lah cikgu2 semua
BalasPadammeriah n spoting hehehe... tp seronok kan...
BalasPadamSELAMAT HARI DURU CIKGU MARIA...MERIAH NAMPAKNYA SAMBUTANNYA DGN TEMMA BACK TO SCHOOL...
BalasPadamselamat hari guru mF..:)
BalasPadamwow pasti best ekk.
BalasPadamaida tgk dlm fb kawan2 guru semua mcm2 tema.
seronok tgk nyer :)
paling byk tema bollywood...