div id='header-inner'>

Kenali Ciri-ciri Kanak-kanak DISLEKSIA???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


APA ITU DISLEKSIA
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Disleksia bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. 

JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori. 

Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. 

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a)Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.

b)Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum. 

c)Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. 

CIRI-CIRI DISLEKSIA
Tanda bagi kanak-kanak pra-sekolah, 
  • Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan. 
  • Suka mengganti perkataan dan hiperaktif. 
  • Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah.
  • Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
  • Tidak merangkak semasa bayi. 
  • Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
  • Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan. 

Kanak-kanak Sekolah Rendah
6 hingga 9 tahun
  • Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  • Menggunakan jari untuk mengira dan membaca.
  • Keliru dengan kiri dan kanan
  • Tulisan cermin atau terbalik
  • 9 hingga 12 tahun
  • Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
  • Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  • Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
  • Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
  • Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
  • Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa


Sekolah Menengah
  • Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  • Kesukaran menulis karangan
  • Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  • Kesukaran mempelajari bahasa lain
  • Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  • Jenis orang yang suka senyap
  • Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
  • Kurang kemahiran bersosial


MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

a)Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – nc – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v


b)Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti;
Batu – tuba Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
pada masa yang sama – dapat masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem cat - cat


c)Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Bercakap dan mendengar
Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

d)Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
3 – 5 - 8 9 - 6

i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.


LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
  1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
  2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
  3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi. Setakat ni, si kakak ni kreatif dan suka melukis.. Jadi, MF suka bagi kertas suruh dia lukis. tapi dia kurang minat mewarna. 
  4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. Kena latih dia lebih kerap... dan banyak bersabar dengan kakak. Memang kakak mudah putus dan kuat mengamuk kalau dia cuba tak jadi.
  5. Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa. Nak kena beli lebih banyak buku cerita la lepas ni gayanya. 
  6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika. Memang ada buat sebelum dia ke sekolah. sebab tu dapat tahu awal.
  7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni. Kena lebih perhatian kepada kakak lepas ni.
  8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik. 
  9. Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri.
  10. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan sebagainya. Memang ini yang selalu dibuat di rumah... Ganjaran berupa pujian bukan kebendaan. 

Disleksia ni, kalau dalam sistem pendidikan Malaysia termasuk dalam kategori OKU. Iaitu Kurang Upaya dari segi pembelajaran. 

Apa perasaan lepas tahu anak disleksia???
Jangan rasa kecewa... sudah ramai anak disleksia ini berjaya dan jadi orang terkenal... Hanya diperingkat awal sahaja mereka ni nampak kurang menyerlah, tapi kebiasaannya ada kelebihana dan bakat terpendam dalam anak-anak disleksia ni.

Jadi, buat ibu bapa diluar sana... Moga perkongsian ini, boleh jadi rujukan dan panduan untuk kenal pasti jenis dan perkembangan anak-anak. Jika boleh mulakan awal, supaya kita bersedia awal. Apa pun masalah anak kita ianya adalah istimewa dan anugerah Allah,... Jangan sekali-kali bandingkan anak kita dengan anak orang lain hatta adik beradik dia sendiri... kerana setiap anak itupunyai perkembangannya yang istimewa. 

Sumber rujukan: http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my

Catat Komen

7 Ulasan

  1. subhanAllah...sebenarnya itu kelebihan..kelebihan pada sudut yang lainnya...satu sudut yang kadang orang lepas pandang..acik PC doakan moga kakak satu masa nanti menjadi penghafaz yang terbaik ya sayang..

    BalasPadam
  2. Anak istimewa memang istimewa sebab ada kelebihan mereka tersendiri. anak saya jugak special.. dia ada masalah low attention & speech delay tapi dari segi education memang cepat pick up.walau dia lebih mudah belajar dalam english.. Bahasa melayu pun kalau di ajar dia masih boleh belajar. Dari segi pengurusan diri pun masih tak sampai level usia dia yang nak masuk 5 tahun. Cuma sentiasa ada improvement la. Sebab saya hantar terapi, buat homeschooling di rumah, hantar private terapi & tuisyen termasuk sekolah. Kanak kanak yang delay atau lambat sikit perkembangan berbanding dari kawan kawan seusia ni masih boleh di latih untuk berkembang seperti kanak kanak lain cuma parents kena usaha lebih sikit la berbanding dengan anak tipikal. Anak saya dari 2 tahun sampai sekarang masih follow up dengan paedriatik untuk pantau perkembangan dia. Alhamdulillah kita yang terpilih bermakna kita juga istimewa Pada Allah..

    BalasPadam
  3. ramai tau orang yang femes dan berjaya asalnya disleksia

    BalasPadam
  4. tq dik... aiyan pun akak rasa ada masalh cuma tak pasti lg mana satu masalahnya
    baru nk bwk jumpa doc pakar esok...
    mungkin dia disleksia atau adhd... sbb ciri2 tuh dh ada
    mmg, kene banyak sbr melayan kerenah dia... alhamdulillah masa skrg nih sistem pembelajaran kita makin peka ngn masalah2 gini... tp mcm masa akak kecik dulu2... bdk2 yg lmbt terus di cop bodoh bkn oleh kwn2 tp oleh cikgu2 sendiri

    BalasPadam
  5. dulu time saya mengajar tadika ramai anak murid saya yang ade minor sign of disleksia..bukan time tulis je kadang sampai diorang nak membaca pun sudah...tapi bila train sikit sikit insyaAllah diorang dapat atasi....

    BalasPadam
  6. Tiba-tiba saya jadi bimbang. Anak saya tu kidal dan adakalanya dia suka terbalik cakap contohnya dia suruh kuatkan suara tv tapi dikatanya suruh kecilkan sebab dia tak dengar. Tapi dari segi pembelajaran, dia memang takda masalah.

    BalasPadam
  7. terima kasih mf berkongsi
    in shaa Allah, akan pantau perkembangan anak slps ni..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)