GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hikmah Tertinggal Handphone!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah tak terjadi, satu hari korang tertinggal handphone yang smart... Sekarang ni majoriti guna smartphone, kalau handphone biasa tertinggal mungkin tak rasa apa la sangat kan.. Tapi bila smartphone tu, rasa macam kehilangan bila tertinggal. 

Sepanjang nak masuk 6 tahun kerja, ni kali kedua MF tertinggal handphone... Kali pertama tertinggal juga, tapi sanggup patah balik ke rumah ambil handphone.. Rasa macam penting sangat. Dan hari ni, ditakdirkan MF tertinggal handphone lagi sekali. Memang tak sangka la nak jadi, tapi perancangan Allah, mungkin nak MF belajar sesuatu hari ni. Kebetulan pula hari ni, suami ada dan dia hantar MF ke tempat kerja... Jadi, pagi tadi MF cas la smartphone nak bagi penuh kat dalam kereta. 

Entah, memang ralit sembang, sampai sekolah..salam semua..terus je naik ke bilik guru... Sekali dah duduk kat kerusi baru teringat handphone cas dalam kereta. Dan pastinya suami dah patah balik dah la kan... Hmm... redha je lah... 

Bila takde handphone kat tangan, jadi MF habiskan masa dengan layan internet di netbook MF, kebetulan pula netbook pun separuh je bateri yang tinggal... Masuk ke kelas jaga bebudak jawab periksa, MF sambil-sambilkan dengan menanda kertas jawapan pelajar... 

Handphone tadi memang tak pikir dah... tak risau apa, tawakal saja... Entahlah.. rasa lapang je bila takde handphone kan... MF bukanlah penghadap handphone tegar, sepanjang masa pegang handphone, NO!... Tapi rupanya lebih lapang bila kita tiada handphone di sisi.. Banyak benda kita boleh buat. 

Hikmahnya takde handphone tadi, dapatlah siapkan tanda markah peperiksaan untuk satu kelas.. walaupun berperang dengan mengantuk dan bosan... tapi dapat diatasi dengan amalan sunnah yang lain... 

Mungkin itulah hikmah Allah nak tunjukkan pada MF hari ni, sebenarnya hidup kita ni terlalu bergantung kepada benda keduniaan...kadang sehingga kita alpa dengan benda tu... Astaghfirullah... Istighfar... istghfar... istighfar... 

Betullah seperti kata Ustaz Badli Shah, kadangkala kalau taksub dan bergantung dengan smartphone sangat, boleh jadi syirik dan merosakkan iman.. MF tak nak kupas panjang, tapi nak tahu lanjut, jangan lupa tengok Cinta Ilmu hari Selasa dan Rabu kat TV al-Hijrah jam 6.15 petang. Memang tengah dibincangkan pun bab dosa besar syirik, riak dan macam-macam penyakit hati yang lain.


Apa pun, terima kasih Allah, atas pengajaran hari ni... Moga pengajaran ni akan membuatkan aku lebih beringat di masa akan datang... Untuk lebih bergantung hidup dengan-Mu,. Kadang kita ni tahu baca je doa iftitah... اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ    tapi kita tak hayati betul-betul maksudnya... "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam." Hari-hari kita baca, kita ikrarkan... tapi kita tak hayati betul-betul maksudnya kan..Astaghfirullah... Istighfar... istghfar... istighfar... 

Maaf jika ada yang tak senang dengan perkongsian pengalaman MF ni.. Tiada apa tujuan dan niat lain MF kongsikan pengalaman sendiri ni, melainkan untuk reminder kepada diri sendiri yang terlalu banyak dosa dan noda ini... Terpulang kepada anda untuk menilainya... 

2Ulasan

  1. susah nak buat kak. sebab phone dah macam nyawa. hahhaa. kalau tertinggal memang sanggup patah balik walaupun punch card merah .

    BalasPadam
  2. err fae gelisah kalo takde hp di tangan huhu nak kena kikis pelan2 sikap clingy towards gadgets ne huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ