GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berblog Pun Ada Halal Haramnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sentap dengan apa yang dikongsikan oleh Tarbiah Sentap ni... Memang realiti berlaku di zaman moden... Iaitu, isu VIRAL!

sumber: google images

Kita sekarang berada di suatu zaman yang hampir semua isu nak di "VIRAL" kan di media sosial. 
Ramai orang lebih suka masalah mereka (khususnya yang melibatkan dengan orang lain) disebarluaskan pada semua orang kononnya atas alasan "public awareness". 
Padahal sebahagian dari mereka jauh di sudut hati tidak lebih dari nakkan perhatian, traffic views, nak orang puji, nak ramai followers, dan sebagainya. 
Isu viral yang selalu berlaku sering kali melibatkan sama ada,1. Isu perubatan (doctor-patient)2. Isu keagamaan (ustaz - orang awam)3. Isu kekeluargaan dan rumahtangga4. Isu bisnes,5. Isu kemalangan atau nahas khususnya melibatkan orang kenamaan,
Dan beberapa lagi. U named it. 
Dan sebahagian masyarakat pula GHAIRAH untuk share hanya sekadar baca apa yang terkeluar di status. TAK TERFIKIR pula untuk bertanyakan pada pihak yang dituduh atau pihak kedua. 
Manakala sebahagian blog picisan sampah pula seronok jadikan berita tu semakin sensasi dengan menjadikan ia sebagai sebuah berita. Walaupun mereka sendiri tiada ASAS ETIKA KEWARTAWANAN! 
Mereka buat semua atas tujuan nak naikkan traffic di blog masing-masing. Supaya bila orang datang blog mereka, bukan sekadar menaikkan SEO mereka di google, bahkan mungkin orang akan beli produk-produk di papan iklan mereka (yang sebahagiannya 'memaksa' beli kalau tak, kena tunggu 1 minit - urgh). 
Urgh..Solusi? 
Patutlah Allah dah bagi warning pasal perkara ni dalam surah al Hujurat,
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kamu dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (TELITILAH dulu) kebenarannya,agar JANGAN sampai kamu MENIMPAKAN suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar KEBODOHAN kamu, kemudian akhirnya kamu menjadi menyesal atas perlakuan kamu. [Sura al-Hujurât 49:6]. 
Dalam ayat yang pendek ini dah sediakan solusi dan KESAN jika TAK IKUT solusi ni. 
1. Bila datang satu BERITA walau sepenting mana pun, TABAYYUN atau selidik dulu!Macam mana selidik?Tanya dua belah pihak, elakkan bias, baca keterangan, dan sebagainya. Habis tu kalau tak dapat selidik kebenaran berita tu atau tak mampu nak tabayyun?
JANGAN viral, share atau forward berita tu. Diam-diam sudah. Sebab apa?"Dan JANGANLAH kamu mengikuti apa yang kamu TIDAK mempunyai pengetahuan tentangnya.Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban."(Surah al-Isra', ayat 36)
Kemudian Rasulullah pula dah pesan dan bagi warning,"Cukuplah seseorang dikatakan BERDUSTA jika dia menceritakan semua yang didengarinya."(Riwayat Muslim) 
2. Apa kesan kalau korang viralkan, share atau forward berita yang korang TAK SEMPAT nak tabayyun tu? 
Korang BAKAL MENYUSAHKAN orang lain atas kejahilan korang sendiri! Hidup janganlah menyusahkan orang lain. Aduh..
Dah la menyusahkan orang lain, lepas tu TAK NAK MENGAKU salah. Bagi alasan,"Aku sebarkan je. Aku tak cakap pun apa2.""Aku cuma nak tolong viralkan je. Aku bukan memihak pada sesiapa"."Alaa aku mana sempat nak selidik. Aku tolong member aku viralkan hak dia je. Aku tolong dia nak dapatkan keadilan".
Dan segala jenis alasan untuk MEMBENARKAN kesalahan masing2! Argg. Huhu. 
Gunakanlah saluran yang ada. Kalau nak buat aduan pun, jumpa dengan pihak yang betul. Media sosial bukan tempatnya. Kalau viral dan tolong viralkan pun, apa kau dapat? 
Puas? Tenang? Lega? Masalah selesai? Rasa dapat bantu orang? No dude! Kau cuma menambahkan masalah lagi je! Bahkan menyusahkan orang lain! 
Tabayyun la wahai orang beriman, kalau betul kita mengaku beriman pada Allah dan hari Akhirat!
Apa perasaan korang lepas baca ni... terasa ke tak??? Jangan buat blog hanya sebab nak femes, nak ranking tinggi, nak popular dan dapat keyword dan rating tinggi dalam google search je... Berblog, berfacebook pun ada halal haramnya juga... jangan lupa plak ye... sama-sama muhasabah diri... setiap apa kita buat kat dunia ni tak terlepas dari dosa dan pahala... jangan pikir semua tu dunia, tapi hal dunia jugalah menentukan kita ke mana selepas mati nanti...  

7Ulasan

  1. wah bagus entri, buat saya muhasabah diri ;)

    BalasPadam
  2. Thanks for reminding. Kadang-kadang manusia lupa yang perkara yang dia buat tu salah. Semoga kita dielakkan daripada perkara-perkara begini. Aminn

    BalasPadam
  3. sangat setuju dan sangat terkesan dengan entri ini...subhan Allah..alhamdulillah..teguran dan peringatan bermanfaat untuk kita semua...

    BalasPadam
  4. nice sharing. terima kasih mf ats peringatan ini..

    BalasPadam
  5. tq again MF.
    aida cuba sedaya upaya utk blogging, facebooking, dgn betul cara.
    agar ia tak buat org terasa hati, buat tambah dosa...
    mr.asben chief editor. akan tegur if ada yg dia rasa tak perlu :)

    BalasPadam
  6. not only on blog tapi untuk semua media sosial yang ada

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ