GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Itu AL-KABAIR?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, rahmat dan nikmat Allah beri digunakan dengan sebaiknya... rasa lega lepas pasang Njoi kat rumah, dapat tonton semula rancangan kegemaran MF sekeluarga setiap petang iaitu Rancangan Cinta Ilmu... Rancangan ni setiap hari ada di TV al-Hijrah.. siri menambah ilmu, bertalaqi membaca kitab terpilih bersama Ustaz dan Ustazah pilihan. Slot ilmu yang paling kami gemari ialah Slot Aqidah dan Falsafah bersama Ustaz Dato' Badlishah Alaudin... 

MF rasa seronok dengar kupasan ustaz ni. lagipun kita mana la sempat nak baca kitab aqidah kan.. bahkan kurang minat nak baca pun sebenarnya. Jadi, peluang yang ada ni, memang elok untuk tambah ilmu aqidah. Ilmu aqidah yang paling utama dipelajari oleh setiap individu muslim. Bab ilmu aqidah ni tak boleh nak main ikut-ikut atau follow cikgu "google" je.. kena ada guru yang mengajar. Bagi yang dapat berguru di masjid, Alhamdulillah... bagi yang tak sempat, jadi rancangan Cinta Ilmu satu medan berguna untuk berguru dan baca kitab bersama guru. 

Panjang muqaddimahnya... Bukan MF nak tunjuk baik, tapi MF nak kita semua jangan leka dengan program dan rancangan hiburan... Makanan jiwa perlu ada dan diberi pada hati kita setiap masa.. sebab setiap detik kita buat dosa tanpa sedar..terutama dosa hati kan... Jadi, perlu ada makanan jiwa, agar jiwa tak lalai dan layu.. umpama pokok tanpa baja. 

Sebelum ni, Ustaz Badli Shah baca kitab bab kiamat, MF sempat la beli kitab tu.. tapi tak dapat tonton habis... elok perkhidmatan Astro ditamatkan, setahun tak tengok rancangan tv..Jadi, lepas pasang Njoi ni.. dah masuk kitab baru dah... Dua hari lepas memang betul mula kitab Aqidah yang baru iaitu al-Kabair... Ini yang MF nak kongsi sikit dengan pembaca setia blog MF nih... moga beroleh ilmu juga kan... 
Sumber: Google Images


Al-Kabair ialah sebuah kitab karangan IMAM ADZ - DZAHABI yang membicarakan 70 dosa-dosa besar. Dua hari lepas, Ustaz Badli Shah kupas muqaddimah dan pengenalan kitab ni sahaja... Menarik kitab ni, untuk kita tahu apa itu dosa... Bila kita tahu tu dosa, insha Allah mudah kita hindarinya. Selama ni kita tahu dosa besar tu Zina, Minum Arak, Mencuri dan beberapa dosa yang biasa disebut dalam banyak kitab Aqidah... mungkin juga beberapa ilmu yang kita dapat dari guru di sekolah.. tapi rupanya ada 70 dosa besar... mungkin dosa tu kita ada buat tanpa sedar??? Nauzubillah... 


PENGENALAN KITAB

Pengertian kabair adalah semua larangan Allah dan Rasulullah yang tercantum di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, serta atsar dari para salafus shalih.

Allah swt menjamin bagi siapa saja yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara yang diharamkan akan diampuni semua dosa-dosa kecil yang dilakukannya. Allah berfirman:

{إِن تجتنبوا كَبَائِر مَا تنهون عَنهُ نكفر عَنْكُم سَيِّئَاتكُمْ وَنُدْخِلكُمْ مدخلاً كَرِيمًا}

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisa':31)

Berdasarkan nas di atas, Allah menjamin syurga bagi yang menjauhi dosa-dosa besar.

Allah juga berfirman:

{وَالَّذين يجتنبون كَبَائِر الْإِثْم وَالْفَوَاحِش وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ }

Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf. (As-Syura: 37)

{الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِر الْإِثْم وَالْفَوَاحِش  إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ}

"(Yaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Rabbmu Maha Luas ampunanNya." (An-Najm: 32)

Rasulullah saw bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفَّرَاتٌ لِمَا بَينهُنَّ إِذاَ اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِر

"Solat lima waktu, solat Jum'at, dan puasa Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di sela-selanya jika dosa-dosa besar telah dijauhi." 

Dari sini lazim bagi kita untuk meneliti apa saja yang termasuk kabair supaya kita dan semua orang Islam dapat menjauhinya. Para ulama -rahimahumullah- berbeza pendapat di dalam menentukannya. Ada yang mengatakan bahwa kabair itu tujuh, berdasarkan sabda Nabi saw:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ فَذَكَرُ مِنْهَا الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهِ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيْمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ

"Jauhilah tujuh perkara yang merosak!" Lalu beliau menyebutkan, "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana alasan yang dibenarkan, memakan harta anak yatim, memakan riba, meninggalkan medan perang, dan menuduh wanita mukminah baik-baik telah berzina." 

Ibnu 'Abbas ra berkata, "Kabair itu jumlahnya lebih dekat kepada tujuh puluh dari pada kepada tujuh." 

Demi Allah, ucapan Ibnu Abbas di atas benar adanya.4 Hadiis sebelumnya tidaklah membatasi jumlah kabair. Pendapat yang benar dan dilandasi dengan dalil menyebutkan bahwa siapapun yang melakukan perbuatan dosa yang dikenakan hukum hudud di dunia seperti; membunuh, berzina, mencuri, atau yang pelakunya mendapat ancaman, kemurkaan, serta laknat dari Nabi Muhammad saw di akhirat, maka perbuatan itu termasuk kabair. Harus diterima pula bahwa kabair yang satu boleh jadi lebih besar dibandingkan dengan kabair yang lain. Adalah Rasulullah saw menghitung syirik sebagai salah satu kabair, padahal pelakunya kekal di neraka dan tidak akan diampuni selama-lamanya. Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya." (An-Nisa': 48 dan 116)

Ini hanya petikan muqaddimah kitab ini sahaja.. memang menarik.. MF teruja baca tambah dengan penerangan dari Ustaz Badli Shah, lagi buatkan MF tak nak lepaskan peluang untuk baca dan dengar Cinta Ilmu. Kitab ni tak silap kitab lama.. terjemahan Indonesia.. dan ada di internet. Sesiapa berminat nak baca..boleh DOWNLOAD DI SINI. Tapi nak lebih penjelasan kena la dengar Cinta Ilmu di TV al-Hijrah bersama Ustaz Badli Shah setiap hari Selasa dan Rabu jam 6.15 petang -7.00 malam. 

Jom Tambah ilmu, tambah amal sebagai bekalan di akhirat mencari tiket untuk ke syurga Allah.

Sebagai renungan bersama: 
"RAMAI NAK MASUK SYURGA TAPI TAK RAMAI YANG NAK BERUSAHA KE SYURGA"

6Ulasan

  1. PERKONGSIAN YG SGT MEMENAFAATKAN...TKSH

    BalasPadam
  2. Bagusnya dapat mengisi masa lapang dengan ilmu Agama. Ini lebih baik dari perkara yang melaghakan diri. Tahniah. Tindakan yang bijak. Terbaik.

    Pss... smartnya blog...

    BalasPadam
  3. Betul...ramai nak masuk syurga tapi tidak berusaha untuk ke sana...terima kasih cikgu MF kongsi...PC suka dengan cara penyampaian ustaz Badlishah...kami selalu tunggu beliau di tv 1..ehwal Islam...

    BalasPadam
  4. terima kasih di atas perkongsian kak..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ