Kenali Gaya Pengurusan Kewangan Melalui Cara Baca Majalah atau Surat Khabar!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kajian orang Jepun, melalui teknik dan gaya membaca pun boleh kenal orang ni macam mana... 
Kali ni cara membaca majalah atau surat khabar. 

Walaupun zaman moden kan.. semua orang banyak baca di tablet, telefon atau komputer tapi, masih ada lagi yang membaca majalah atau surat khabar setiap hari sebab lebih puas... Tahan lama, boleh belek banyak kali... dan tahan mata... 

Bagaimana gaya atau cara korang membaca majalah atau surat khabar ye?

Ok, ada 4 gaya membaca majalah atau surat khabar yang boleh menerangkan personaliti seseorang... 

Sumber: google images

a) Membaca mengikut urutan mukasurat. 
Orang yang begini dikatakan Bijak merancang perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan sebaiknya. Maknanya teratur dan terancang je. 

b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan hanya memilih artikel kegemaran
Orang yang membaca gaya begini dikatakan seorang yang boros. Sikap itu menjadikan seseorang itu sering hidup dalam keadaan terdesak.. Bila ada duit, enjoy, bila takde duit...mula lah sakit kepala... 

c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang menarik
Orang dengan gaya ini dikatakan lebih berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap orang begini kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin kerana dia memang tidak suka berhutang. Dia rela beli barangan murah asalkan tak berhutang. Dan ada kalanya cerewet hingga ada yang kata dia kedekut nak berbelanja.

d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke hadapan
Orang dengan gaya keempat ni dikatakan orang yang mengatur perbelanjaan tidak rasional. Jika inginkan sesuatu, dia sanggup berhabisan duit kerananya. Sanggup kumpul duit sebab nakkan sesuatu... Lepas tu bila takde duit mula la sanggup berhutang atau meminjam, asalkan keinginannya tercapai. 

Ha... tahu dah kan.. korang rasa, korang yang macam mana... Bagaimana cara korang baca majalah atau surat khabar??? Tapi kalau novel tak termasuk dalam kategori ni rasanya.. sebab memang novel orang baca ikut bab kan.. sebab ada jalan cerita.. kalau langkau-langkau, macam mana nak faham. 

Apa pun, ini hanya kajian personaliti... tak 100% betul dan tak semuanya salah... Sekadar nak kenal diri masing-masing sahaja... 

p/s: Gaya MF baca majalah dan akhbar ialah... hehe... gaya ketiga... dan memang betul kena dengan personaliti MF.
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !