div id='header-inner'>

Jangan Lepaskan Kawan Anda, Jika Dia Ada 5 Tanda Ini!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... 

Siang tadi berkesempatan menimba sedikit ilmu dari rancangan al-Kuliyyah... Pagi dan petang, tu aje dua waktu singkat yang sempat MF layan tv. Alhamdulillah.. sejak ada TV ni, diri pun semakin rajin juga melipat kain.. hehe.. opss.. bukan nak cerita pasal tuh... 

Dari rancangan al-Kuliiyah tadi, MF sempat catat beberapa ilmu penting. Tajuk al-Kuliyyah tadi Kisah Ashabul Kahfi... Seronok betul dengar ustaz tu ceramah... Menarik.. tambah pula ada slang Kedah kan.. lagi la sedap. Nama MF tak ingat pula sebab ustaz tu tak sepopular ustaz Badli Shah atau Ustaz Don.. Tapi seronok la dia cerita pasal Ashabul Kahfi tu.. Rasa tambah kefahaman dan ilmu.. Menarik untuk kongsi dengan anak murid di sekolah ni nanti... 

Sedikit info menarik yang MF nak kongsikan hasil kuliyyah tadi.. iaitu kisah orang yang soleh... Ustaz kongsikan 5 tanda orang soleh yang dinyatakan oleh ulama'... dan jika kawan kita ada tanda yang lima ni, jangan lepaskan dia, berdampinglah dengan dia...dan jadikanlah dia sahabat kita. 

Apa 5 lima tanda orang yang soleh itu??? Jom baca dan hayati:

#TANDA 1
Apabila kita melihat dia, terus mengingatkan kita kepada Allah.
Maknnya, bila kita lihat wajahnya, automatik kita teringat kepada Allah. Contoh, tengok gambar profile kat facebook atau instagram, tak kisah la gambar dia betul atau gambar alam atau gambar apa sahaja...bila lihat gambar atau tengok nama dia tu, mengingatkan kita kepada Allah. Jika ada kawan kita yang punyai tanda ini, jangan lepaskan dia... dampingilah dia dan bersahabatlah dengannya.

#TANDA 2
Apabila kita melihat tindak-tanduk dan perbuatannya, kita akan rasa nak ikut
Seperti yang contoh ustaz bagi tadi masa ceramah. Kita lepas solat dalam masjid... Habis wirid dan doa, kita pun pergi ke belakang nak bersembang dengan jemaah yang lain. Tapi kawan kita ni lain... Lepas solat, dia solat sunat... Habis solat sunat, dia ambil al-Quran baca... Bila lihat perbuatannya, kita rasa segan dan terikut... Inilah tanda orang yang soleh....

#TANDA 3
Apabila mendengar dia bercakap, akan bertambah ilmu kita
Orang yang soleh akan bercakap perkara yang perlu dan bermanfaat sahaja. Jadi, setiap kali dia bercakap akan bertambah ilmu kita dan kita rasa, kerdil dan jahilnya kita. Jika ada kawan kita sifat dan tanda ini, jangan lepaskan dia... dampingi dan bersahabatlah dengan dia.

#TANDA 4
Apabila kita lalai, dia mengingatkan kita.
Apabila kita leka dengan dunia.. sibuk dengan cari duit... dia akan menegur dan mengingatkan kita agar kita tak terus lalai... Bukannya, bila kita nak buat baik, diperli dan dihalang. Jika ada kawan kita yang menegur kita.. ikhlas PM kita secara personal... tegur dengan baik.. maka jangan lepaskan dia, bersahabatlah dengan dia...

#TANDA 5
Apabila kita buat ibadah dan kebaikan, dia memberi sokongan dan semangat.
Bila kita buat apa sahaja kebaikan, dia akan beri semangat dan sokongan.. untuk kita terus berubah dan buat lebih banyak ibadah dan kebaikan. Jika ada kawan kita yang begini, berdamping dan bersahabatlah dengannya. 


Itulah 5 tanda orang yang soleh...yang MF sempat catatkan semasa dengar al-Kuliyyah petang tadi... Moga perkongsian ini, beri manfaat untuk kita menjadi insan yang soleh solehah... serta renungan dan muhasabah diri kita sendiri... adakah kita sendiri insan yang soleh/solehah??? Fikir-fikirkan....

Catat Komen

0 Ulasan