GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

20 Fakta Menarik Doraemon!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doraemon, watak kartun kegemaran MF masa kecil... Hingga ke hari ini kartun ini masih dimainkan di kaca tv. Kartun ni juga dah jadi minat anak-anak MF. Doraemon sesuai untuk tontonan anak-anak kerana penggunaan bahasa yang bagus dan juga banyak unsur moral dalam setiap episod dan movie panjang Doraemon. 

Memang suka la layan citer Doraemon ni berbanding kartun lain. Lagi best layan dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Jepun.

Disebabkan minat tuh, saja nak coretkan 20 fakta menarik mengenai Doraemon. 


1. Apakah maksud nama Doraemon?
Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah semacam plesetan dari "Nora" yang berasal dari "Nora-Neko" yakni stray cat. Emon adalah semacam kata tambahan tradisional untuk nama dari manusia atau binatang yang berjenis kelamin lelaki, misalnya Ishikawa Goemon.
Secara harfiah, nama Doraemon bermaksud "Stray male cat" (kucing liar jantan)
Dora sebenarnya boleh juga bererti "gong" (inilah "dora" yang dipakai dalam nama kuih dorayaki) ... Meski bukan itu "dora" yg dipakai di nama Doraemon ... namun ini menjadi semacam plesetan, di mana tubuh Doraemon memang bulat-bulat seperti gong

2. Bagaimana menuliskan "Doraemon" dalam tulisan Jepun?
Nama Doraemon dituliskan sebagai gabungan dari huruf katakana dan hiragana. Huruf katakana untuk Dora (ド ラ) dan huruf hiragana (え も ん) untuk Emon, Pendek kata, jadinya ド ラ え も ん

3. Apa kod pengeluaran Doraemon?
Doraemon mempunyai kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot, dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot di mana ia dihasilkan.
Nama ini disebutkan dalam episod ulang tahun Doraemon tahun 2007

4. Bila Doraemon dilahirkan?
3 September 2112 adalah tarikh di mana Doraemon selesai dihasilkan

5. Berapa angka ajaib Doraemon?
Doraemon mempunyai berat 129.3 kg (285 lbs) dan tingginya 129.3 cm (4'3 "). Ia boleh berlari sehingga 129.3 km / jam (80.3 mph) ketika ketakutan dan melompat 129.3 cm (424.2 kaki) ketika diancam bahaya. Kekuatan maksimumnya 129.3 bhp. Ukur lilit pergelangan tangannya 129.3 mm. Ukur lilit kepalanya adalah 129,3 cm. Kakinya berdiameter 129.3 mm. Ia dihasilkan pada September 3, 2112 di Kilang Robot Matsushiba.

6. Siapa bekas teman wanita Doraemon di abad 22?
Noramyako.
Ia disebutkan di Bonus Data-Data Doraemon di Tankoubon volume 11. Noramyako memutuskan Doraemon gara-gara Doraemon dirasa terlalu pendek untuknya (selepas telinganya putus digigit tikus)

7. Apakah warna asal doraemon?
Warna cat asli Doraemon adalah kuning. Setelah tahu bahawa telinganya digigit tikus, ia dalam kemurungan, naik ke atas menara, di mana ia minum ramuan berlabel "kesedihan". Ketika ia menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan tersebut.
Sesuai dengan pepatah english In Blue berarti dalam kesedihan kan.

8. Apakah Doraemon adalah robot kucing yang sempurna?
Tidak. Bahkan, sebenarnya Doraemon adalah sub-standard product alias "robot usang" kerana banyak komponen di badannya yang tidak berfungsi dengan baik. Contohnya, misai radar dan loceng pemanggil kucingnya.

9. Apakah Doraemon bersekolah dan nama sekolahnya?
Menurut siri spin-off dari Doraemon "The Doraemons", nama sekolah dari Doraemon sederhana saja, iaitu Robot School (ロ ボ ッ ト 学校, Robotto Gakko)

10. Bagaimana prestasi Doraemon di sekolahnya?
Doraemon berprestasi buruk di sekolah robot dan selama acara persembahan akhir, ia tampil buruk & tidak ada yang mahu menggaji dia sehingga bayi Sewaishi (cicitnya Nobita) menekan butang tersebut. Ibu bapanya sedikit enggan, tapi kerana Sewashi suka, mereka menyewa Doraemon, dan  dia menjaganya sampai Sewaishi sendiri menghantarnya ke masa lalu untuk mengurus Nobita, dan di sinilah pengembaraan tokoh kegemaran kita bersama Nobita ini bermula ...

11. Berapa jumlah alat di poket doraemon ?
Kurang lebih 4500 alat telah dikeluarkan dari poket doraemon bermula dari episod pertama sampai saat ini, termasuk yang paling popular adalah "Doko Demo Doa" (Pintu Ke mana saja), Take-copter (Baling-baling Buluh), Kuukihou (Meriam senapan Angin) & Time Machine (Mesin Masa)

12. Bagaimana cara menghidupkan dan mematikan Doraemon?
Butang turn on / off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yang menjadi ekornya

13. Tangan Doraemon bulat. Boleh ke memegang barang?
Tangan Doraemon memiliki kekuatan pelekat dan daya vacum yang luar biasa sehingga benda apa pun boleh melekat di tangannya [dari Doraemon no Himitsu, di Doraemon volume 11] Teknologi yang digunakan pada tangannya ini hampir sama dengan gaya graviti bumi dalam skala kecil.

14. Mengapa Doraemon Takut Tikus?
Doraemon takut  sangat dengan tikus kerana ketika dia sedang tidur siang, telinganya di gigit tikus hingga putus.

15. Masih ingat dengan Pak Cik yang suka memberi angpau tahun baru pada Nobita? Siapa namanya? Apa perkerjaannya?
Namanya adalah Nobirou Nobi, adik dari ayah Nobita yakni Nobisuke. Ia adalah seorang atlet yang berjaya

16. Siapa nama ibu bapa Nobita dalam versi Amerika?
Ayah: Marvim Nobi dan
 Ibu: Rukia Nobi

17. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan sebagai kakak dan adik?
Mereka berdua "dilahirkan" dari satu tangki minyak yang sama ... dan "Doraemon" lahir lebih dahulu dari Dorami (2 tahun lebih tua), sehingga ia disebut "kakak", kemudian Dorami juga disewa oleh keluarga Sewashi setelah Doraemon, sehingga ia disebut "adik."

18.Siapa yang lebih "hebat"? Dorami atau Doraemon? Apa buktinya?
Menurut data, Dorami lebih hebat dari Doraemon ... Dorami mampu menghasilkan tenaga sebesar 10000 tenaga kuda, jika bandingkan dengan Doraemon yang hanya boleh mengeluarkan sebanyak 129.3 tenaga kuda. Sebab tu kengkadang masalah yang tak dapat diselesaikan oleh Doraemon akan dipanggil Dorami untuk bantu selesaikannya.

19. Kenapa Dorami lebih hebat dari Doraemon, kakaknya?
Saintis yang membuat Doraemon dan Dorami berkata bahawa minyak yang digunakan untuk membuat robot jenis "bersaudara" ini, salah satu lapisan akan menjadi stagnant dan tenggelam ke bawah. Lapisan yang bahagian bawah ini akan menghasilkan kualiti robot kucing yang lebih baik.
Fakta ini menjelaskan bahawa kemungkinan besar Dorami menjadi robot yang lebih bagus dari Doraemon kerana Dorami diciptakan setelah Doraemon (kira-kira 2 tahun kemudian), atau ringkasnya Doraemon dibuat dengan lapisan minyak yang atas dan Dorami dibuat dengan lapisan minyak yang bawah, yang lebih bagus kualitinya, meski mereka lahir dari 1 tangki minyak

20. Google Jepun Memperingati Hari Lahir Doraemon
Google Jepun ikut merayakan ulang tahun Doraemon yang jatuh pada tanggal 3 September 2009. Doraemon lahir tahun 2112 jadi sebenarnya sekarang Doraemon belum lahir.

Bila keluar movie 3D Doraemon tahun lalu, sedikit sebanyak kita faham tentang doraemon. Doraemon ni Robot pintar yang ada perasaan yang lahir pada abad ke 22. Walaupun ini hanya khayalan penulis dan pelukisnya tapi setiap ceritanya ada pengajaran berguna. Bagi yang biasa tengok pasti tahu, tapi yang tak suka pasti kata ianya membosankan . Tapi bagi MF kartun ni lagi bagus ditonton oleh anak-anak berbanding kartun yang ada unsur ganas seperti Ultraman, Superman, ataupun Naruto. 

3Ulasan

  1. sampai sekarang pun saya still tengok doraemon lagi! tak sangka doraemon ada ex-gf jugak ye, hehe.
    ohh patutlah jadi kaler biru, sblum cite doraemon start kat lagu tu ada gambar telinga dia koyak, pastu menangis sampai jadi kaler biru, haha.
    pelik jugak kenapa doraemon ni takut tikus, sbb ada kenangan pahit rupanya :p

    BalasPadam
  2. dulu suka sangat baca komik Doraemon hehehe

    BalasPadam
  3. salam, saya pun suka doraemon dari naruto hehe.
    best dan comel. Doraemon belum lahir ye

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ