GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Siapa Tumpang Siapa Sebenarnya???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MILIK AYAH dan IBU...RAMAI YANG TAK TAHU...

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu"  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

Sumber: Google images

Sedih kan.....sob..sob..sob :(

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak- anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibu bapa..

Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati,makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lg dgn sesuka hati.Takut rosak la,takut langgar la,takut calar la.Kalau guna pun...pastikan minyak penuh semula.

Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak.
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak..
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tp anak-anak...belum tentu mengasihi ibubapa.

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tp...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..

Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman ini...

Mudahan kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti..

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.

PESANAN UNTUK KITA YG BERGELAR ANAK...ALLAH..

Sumber: whatsapp dan Facebook 

0Ulasan