Ticker

6/recent/ticker-posts

Penjelasan Sebenar Wanita Hina Pengguna Android!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masih ingat viral budak perempuan yang buat komen berbentuk hinaan di Twitter mengenai pengguna Android???

MF ada kupas isu tu di blog.boleh baca entry tu DI SINI.

Untung juga MF up entry tu.. Sekurang kurangnya MF dapat info disebalik kejadian sebenar. Masa nak up entry tu, MF rasa komen perempuan tu berbentuk gurauan dengan rakan yang komen tu. Tapi sebab ianya umum... Mestilah orang sentap kan.

Ok, MF kongsikan penjelasan sebenar status dan komen perempuan tu.


Ada kawan dia komen entry MF tu... Tanpa Nama... Katanya: "sebenarnya komen tu adalah gurauan semata-mata antara perempuan tu dengan rakan yang komen tu. Tapi sebab ada yang tak bertanggungjawab dah pergi printscreen dan sebarkan. Tu yang jadi viral."

Kann.. Gerak hati MF pun tepat... Betui la dia bergurau dengan kawan yang komen status dia tu. Cuma gurauan dia tu berbentuk umum dan terlalu ekstrem.

Jadi, tahu dah la kisahnya. Dia tak bermaksud pun nak hina pengguna Android yang lain. Status tu untuk kawan dia yang komen tu je. Bukan nak hina orang lain pun.

Hmmm... Jadi, MF pun nak minta maaf jugalah... Jika MF pun salah sangka dengan status tu. Apa pun pengajaran juga ye... Buat semua pengguna laman sosial sama ada Facebook atau Twitter.... Hati-hati bergurau, buat status atau komen. Jangan over gurau.. Nanti makan diri.

 Pengajaran juga.. Dalam ramai kawan kita kat laman sosial tu, kita tak tahu yang mana ibarat api dalam sekam dan jenis tikam belakang. Hati-hati ye dik. Lain kali fikir dulu sebelum nak komen gurau ekstrem.. Tak pasal dah femes dengan viral dan jadi kutukan orang ramai.

Pengajaran buat yang lain juga.. Hati-hati gurau pun.. Bergurau pun ada batasannya ye... Jangan melampau sangat.. Buruk padahnya.

Terima kasih atas komen saudara/saudari Anonymous ye.. Yang !menjelaskan perkara sebenar. Itulah. Kadang bagus juga up tajuk tengah viral... Untuk tahu cerita sebenar. Tapi kes polis susah nak tahu cerita sebenar la macam kes potong lidah tuh... Hanya tuan badan je la tahu kisahnya... Dah senyap dah kes tu.. Tak tahu la apa cerita kan... Tapi zaman sekarang pantang salah mesti jadi viral... Ohh.. Dunia..akhir zaman...

Catat Komen

3 Ulasan

  1. ye la...mana tau entah2 ada dikalangan kawan2 dia yang geram dan kecik hati dengan komen dia tu dan terus sc komen dia..padahal jalan cerita sebenar dah di potong..
    kesian..

    BalasPadam
  2. biasalah tu kak, sekarng ni pntang buat salah sikit, mmg mcm2lah diviralkan, apa yg dpt pun xtau dgn tnjuk aib org..huhu..

    BalasPadam
  3. sekarang ni apapun mudah jadi viral, kadang cerita sebenar tak seperti yang diviralkan tu, apapun dah dapat cerita sebenar tu baguslah, mujur ada yang bagi penjelasan kan. kadang kita ni hanya bergurau dengan kawan tp dah jadi kes lain pulak

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^