GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Prawn Spegghati | Spegeti Udang Ala Olio Yang Mudah Tapi Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi minggu lepas...

Memandangkan selera MF pada nasi masih ditahap yang tak memuaskan... Makanya, tekak perlu diisi oleh makanan yang mengenyangkan selain nasi.

Tengah cari idea nak masak apa tu, teringat pula Olio Spegeti di Pizza Hut... Kat tempat MF ni takde pizza hut, kalau nak makan kena ke bandar yang jauhnya hampir satu jam..  Dari buang duit minyak baik masak je kan... Makanya minta tolong suami belikan udang.

Sekali bila tengok google cara nak memasak Spegghati Olio tu bahan tak mencukup pula... So, MF olah la ikut selera dan suka hati MF,  janji masak dan boleh dimakan...

Setelah masak, MF namanya Spegghati ni spegati udang... Sebab rasanya... Sedapppp... Walaupun tak seperti resepi asal tapi sedapp.. Bertambah juga en.somi makan.. Hehe...

Prawn Spegghati | Spegeti Udang Ala Olio Yang Mudah Tapi Sedap!

Nak resepi??? Mudah sangat!!!

Prawn Spegghati | Spegeti Udang Ala Olio Yang Mudah Tapi Sedap!

Bahan-bahan

  • Udang yang siap dibuang kulit dan dibelah belakang...
  • Air rebusan kulit udang
  • Spegeti yang siap direbus
  • Sos tiram
  • Lada benggala hijau
  • Lobak merah yang diracik
  • Minyak sayuran
  • Bawang putih dan sedikit sahaja bawang besar.
  • Lada hitam
  • Garam dan sedikit gula


Cara memasak :

  1. Tumis bawang menggunakan minyak sayuran...
  2. Dah wangi bawang tumis tu, masukkan sos tiram... Kacau sebati, masukkan pula udang... Bila udang tu dah merah-merah, masukkan air rebusan udang....
  3. Biarkan sampai mendidih dan udang masak... Kemudian masukkan lobak merah dan lada benggala...
  4. Gaul rata dan tunggu dalam 2 minit... Tak perlu tunggu sampai sayuran tu empuk...
  5. Kemudian masukkan garam, gula dan gaul rata... Lepas tu masukkan spegati, kacau rata... Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan gaul je sampai betul-betul rata dan sebati semua bahan tu...
  6. Dah rata semua, kira masak dan boleh dihidangkan..


Simple je...

Walaupun tak seperti yang asal, tapi resepi olahan sendiri pun sedap. Biasanya macam tu MF memasak kalau masak ikut resepi mesti tak menjadi sangat... Jadi,  kena kreatif dan olah ikut selera sendiri untuk lebih sedap... Jangan lupa..  Zikir dan selawat buatkan masakan berkattt...


3Ulasan

  1. aglio olioa la jns spageti yh paling mudah nk msk n sdp jgk

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan spaghetti... sedap tu sis....

    BalasPadam
  3. salam , lahai senang sangat , ingat ke bahannya complicated..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ