HUKUM WANITA MEMAKAI PERFUME KETIKA KELUAR RUMAH!

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Banyak betul jualan minyak wangi di pasaran sekarang ni... Kadang tak tahu dah nak beli dan pakai yang mana... kat kedai makan pun kadang ada jual minyak wangi yang kecil, besar.. takde alkohol, sah dalam solat dan sebagainya... Melihat keadaan tu, buatkan ramai wanita mula suka membeli... sebab kuasa membeli ni wanita yang pelopori... sebab bab cantik dan wangi ni wanita mendahului... Kebanyakannya minyak wangi yang dijual memang berbau agak kuat walaupun dicalit sikit je dipergelangan tangan. Bahkan kalau dalam lif satu lif tu boleh bau. 

Apa pula hukumnya wanita pakai minyak wangi??? Boleh ke pakai minyak wangi??? Kalau tak pakai, bukankah badan kita berbau busuk dan buatkan orang rasa tak selesa... 

Berikut adalah penjelasan hukum fiqh mengenai persoalan, apakah hukum wanita memakai perfume ketika keluar rumah???


Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :

"…….. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;."

Terdapat beberapa hukum wanita memakai perfume ketika keluar rumah iaitu harus, sunat, makruh dan haram.

Harus

Secara umumnya hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita. Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak di haruskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya, termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

Sunat

Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita. Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,

"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram

Haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Sungguh amat memilukan hati, apabila melihat wanita muslimah keluar rumah bekerja dengan gaya seperti seorang perempuan kafir, bersolek dan berbau wangi samada dengan tujuan menggoda lelaki yang ditemui atau untuk kelihatan cantik atau tanpa apa-apa tujuan sekalipun, ia tetap haram dan berdosa. Sedarlah, bahawa itu mengundang murka Allah SWT, yang mengakibatkan rezeki yang kita peroleh sehari-hari tidak diredhai Allah, bukan itu sahaja bahkan ia bakal menjadi penyebab bagi keruntuhan iman dan akhlak kita. Hilanglah segala hikmah dari pekerjaan kita yang sepatutnya menjadi ibadah kita kepada Allah.

Sumber: Ust.Shahidah Sheikh Ahmad( Timbalan Ketua Wanita IKRAM Negeri Johor)

Ini pula penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus




Kesimpulan:

Dah tu tak kan wanita kena busuk pula??? Tak kan busuk jika kita jaga kebersihan. Mandi tu adalah tanda kita jaga kebersihan. Pakailah sabun yang wangi, dan juga deodorant yang wanginya tak melampau... Janganlah pakai minyak wangi sehingga orang tertarik. Kita pakai minyak wangi, pasti orang tahu kita pakai... dia bau tapi mungkin dia tak respon... tapi ada lelaki akan terpikat dalam diam.. Bahkan ada yang akan bertanya... Jika ada lelaki yang tanya kita pakai minyak wangi apa, jangan pakai lagi dah bila diluar rumah... Tapi kalau kat dalam rumah, pakailah berbotol-botol pun.. Nak celit satu badan pun tak apa... Islam ni mudah.. larangan bukan nak menyusahkan... Tapi untuk jaga maruah kita sebagai wanita... Aman hidup kita jika kita patuhi syariah Islam yang Allah cipta untuk kita... Allah tahu yang terbaik untuk kita ye wahai wanita muslimah solehah... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Nak pakai boleh tp bkn bauan yg menarik perhatian ajnabi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelaki memang akan tertarik apa sahaja wangian yang dipakai wanita... :)

      Padam
  2. Setuju dengan perkongsian ini. Saya pun kadang-kadang rasa pening-pening juga setiap kali bila lalu dengan wanita yang pakai perfume berlebih-lebihan. Seharusnya wangian wanita itu hanya ekslusif untuk tatapan suaminya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !