GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Budaya Puji Laki Depan Orang!!!

Entry agak kasar... Bukan untuk menghentam sesiapa atau mengata sesiapa... Tapi untuk kesedaran para isteri diluar sana.

Hidup kita ni perlu sederhana...
Guna facebook pun kena tahu etika...

Facebook tu laman sosial...
Yang bersosial dengan kita tu manusia...
Manusia tu ada rasa...
Rasa tu dari jiwa...
Sakit jiwa, hati merana...
Hati merana...pendam lama...
Pendam lama jadilah penyakit hati...
Tapi itulah manusia...

Sama la juga adat rumahtangga...
Tak perlu nak publish sangat kita bahagia. 
Kerana rumahtangga kawan kita tak tahu lagi macam mana... Jika dia sebaliknya... Pasti dia memendam rasa...

"owh...laki aku tak macam laki dia, bestnya kalau laki aku macam laki dia kan..."

Tak payah tag dan puji laki depan orang...
Kerana kita tak tahu laki orang tu macam mana... Kalau laki dia tak macam laki kita yang romantik tu, daahh...kita mengguris hati orang cara tak sedar...

Hidup bersosial kena tahu la...
Kalau nak puji laki, PM je... Tak pun ucap terima kasih depan-depan... Apa faedah tag nama lagi semata-mata nak ucap terima kasih...

Aku dulu pun camtu juga... Tapi lepas ada kawan aku yang tak bernasib baik, laki dia pergi dulu... Sedih dia... Sejak tu aku dah tak nak kongsi pasal laki bini kat facebook... Aku tak nak kawan aku terasa...

Ingatlah...
Saat kita suka...
Ramai yang berduka...
Saat kita gembira...
Ramai yang merana...

Tahu tak bahaya dok tag laki dan puji laki depan orang atau kat facebook ni...

Bahaya dia apa...
Jangan tanya kenapa, jika satu hari ada perempuan lain cuba nak dekati laki ko... Sebabnya ko selalu show off laki ko kat orang...

Laki yang romantik, pandai buat kerja dan yang baik-baik ni memang akan jadi perhatian mana-mana perempuan je... Tak kira anak dara atau janda... Hati-hati nak puji laki...

Nak romantik, puji laki guna surat cinta... Baru romantik kan...bukan tag kat facebook dan cerita kat blog.

Maaf kalau ada yang terasa...
Bukan niat nak mengata...
Tapi untuk renungan dan muhasabah diri kita bersama...
Kerana kita semua sama...
Seorang isteri yang berusaha untuk jadi soleha...


1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ