GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi: Sambal Tempe Style Johor

Lama tak berkongsi resepi...
Sebenarnya memang lama gak tak memasak yang special... Jadi hari ni nak masak menu lain dari yang lain...

Teringat nak makan tempe... Dan teringat juga sambal tempe yang pernah makan kat kolej masa belajar di UTM dulu...

Sebabkan moment tu, terus minta suami belikan bahan-bahan untuk buat sambal tempe style Johor ni...

Bahan-bahannya mudah sahaja...
Bawang besar potong dadu
Bawang putih, cuma pecah-pecahkan dan cincang halus
Tempe, digoreng garing
Ikan bilis, goreng garing
Kentang, dipotong nipis dan digoreng
Kacang tanah, digoreng tanpa minyak hingga garing..
Cili giling, Sos cili, garam, gula, sos tiram.

Cara buatnya pun mudah sangat...
Tumis bawang, bila dah garing masukkan cili giling.. Kemudian masukkan sedikit air... Kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, gula dan garam... Gaul hingga pecah minyak...

Kemudian masukkan tempe, kentang dan kacau rata, lepas tu baru masukkan ikan bilis dan kacang tanah... Kacau rata... Dah semua bergaul... Kira masak la tu... Dan boleh dihidangkan...

Sekejap je nak masak sambal ni... Suka meratah sambal tempe nih... Sedap...

Tempe sinonim la dengan Johor kan... Rugi la tak makan tempe kalau dok Johor ni... Lagi pun salah satu khasiat tempe nih, ialah awet muda... Hehe... Kalau tak percaya tanya orang Johor... 


2Ulasan

  1. anak2 akak suka makan tempe... tp akak tak pernanh masak tempe... hehehe

    BalasPadam
  2. sedapnya! memang faveret sambal tempe ni :) dapat makan nasi putih ngan sambal tempe aje pun dah sedap, selalu beli banyak banyak kat kedai makan area kampus

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ