5 Cara Elakkan Telefon Cepat Panas

7
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Cara Elakkan Telefon Cepat PanasTelefon cepat panas macam nak meletup.. pasti pernah alami kan.. Masa memula beli memang bagus, tapi bila menjangkau setahun ke atas mula la buat perangai kan... 

Tapi ada cara elakkan telefon cepat panas ni... sebab bahaya bila telefon selalu panas ni.. boleh terbakar peranti dan komponen dalam. Melayang poket nanti... 😁😁😁

5 CARA ELAKKAN TELEFON JADI PANAS!!!

1.  Padamkan Aplikasi Yang Tidak Digunakan 

Kadangkala, beberapa aplikasi telefon berjalan serentak, sama ada secara disedari atau tidak. Sesetengah aplikasi, terutamanya bloatware akan berjalan di latar belakang secara automatik apabila menghidupkan telefon. 

Oleh itu, semak tetapan telefon dan mengenal pasti aplikasi manakah yang meningkatkan beban kerja CPU dan bateri, kemudian matikan atau buang sahaja aplikasi tersebut jika tidak diperlukan.

2. Gunakan Skrin Anti Silau

Sesetengah pengguna telefon gemar menetapkan kecerahan skrin pada tahap maksimum, lebih-lebih lagi ada skrin yang sukar dibaca di bawah pancaran matahari. 

Sebenarnya, penggunaan kecerahan skrin yang tinggi akan memberi kesan kepada bateri telefon dan meningkatkan suhu. 

Oleh itu, gunakan pelindung skring yang mempunyai fungsi anti silau supaya anda dapat melatakkan tetapan keceraha pada tahap sederhana.

3. Jangan Dedahkan Telefon Kepada Pancaran Matahari

Selain peningkatan suhu dalaman, aspek luaran seperti pancaran cahaya matahari secara terus juga boleh memberikan kesan negatif kepada telefon.

Letak di tempat yang terlindung dari matahari terik, dan jangan tinggalkan telefon di dalam kereta pada siang hari.

4. Hidupkan Mod Penerbangan

Dalam persekitaran yang mempunyai isyarat yang lemah, sistem operasi telefon akan cuba mengimbas isyarat di kawasan tersebut dengan lebih menyeluruh. 

Proses ini menggunakan lebih banyak kuasa dan menyebabkan bateri menjadi panas. 

Sekiranya berada dalam situasi isyarat lemah, atau pada masa telefon tidak digunakan (waktu tidur), tukar mod telefon anda kepada mod penerbangan untuk menjimatkan bateri dan menghalang telefon menjadi panas.

5. Tanggalkan Pelindung Telefon

Pelindung telefon (protective case) memang boleh melindungi telefon daripada impak fizikal, di samping menjadi aksesori yang cantik. Namun, ia juga boleh memerangkap haba dan menyebabkan telefon menjadi panas, terutamanya semasa bateri telefon dicas. 

Sekali-sekala, beri ruang untuk telefon bernafas dengan menanggalkan pelindung terutamanya semasa mengecas telefon atau apabila suhu telefon meningkat. 
Sumber: Majalah PC

Tips nombor 4 MF baru juga tahu... lepas ni kalau ditempat yang susah nak dapat line, kena tukar mood.. rupanya ada guna la mood penerbangan tu, bukan waktu nak fly je kan... 

Tips kelima, memang MF tak guna nak casing untuk smartphone, rasa lebih ringan.. cuma kena berhati-hati la supaya tak mudah jatuh.. 

Cara nak elak telefon cepat panas ni juga adalah untuk jimatkan bateri dan panjangkan jangka hayat bateri smartphone... 

Selalulah clear recent apps dan juga clear cache smartphone untuk "kesihatan" smartphone kita... Bagi yang memang jenis pakai lama... Memang jaga habis... Tapi kalau sejenis tukar setiap ada versi baru... Hmm... no komen... hehe... 

Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Betul tu risau kalau fon panas ni...takut meletup huhu...btw thanks for sharing :)

    BalasPadam
  2. Salah satu kebaikan menukar kepada mod penerbangan ialah mempercepatkan proses pengecasan bateri. Thanks for the info :)

    BalasPadam
  3. terima kasih kak Maria...
    nice tips...

    BalasPadam
  4. Singgah BW. Berguna yips ni. Mekaseh.

    BalasPadam
  5. Bagus tipnya.. ada yang saya baru tahu.. patutlah telefon ni cepat panas.. hihi

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan